Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Dua pasangan beregu lelaki negara menghadirkan keceriaan buat penyokong badminton tanah air apabila berjaya melangkah ke separuh akhir Kejohanan Terbuka Malaysia 2022 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Mendapat sokongan padu ribuan penyokong, gandingan Goh Sze Fei/Nur Izzudi Rumsani mempamerkan corak permainan kemas untuk menewaskan juara Terbuka Indonesia, Liu Yu Chen/Ou Xuan Yi 21-11, 21-20.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Kejayaan pasangan yang kini berada di ranking ke-12 dunia itu menyaksikan mereka melebarkan rekod kemenangan kepada 2-0 dimana kedua-dua gandingan bertemu di perlawanan akhir Terbuka Jerman, Mac lalu.

Dengan kemenangan tersebut, Sze Fei/Nur Izzudin akan bertemu Fajar Alfian/Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia yang menewaskan satu lagi pasangan negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.

Manakala, satu lagi slot separuh akhir diisi Aaron Chia/Soh Wooi Yik yang melepasi cabaran hebat diberikan gandingan berpengalaman Indonesia, Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan.

Pasangan nombor satu negara itu menang set pertama 21-13, namun kemudiannya tewas 20-22 dalam aksi yang cukup mendebarkan. Memasuki set ketiga, beregu negara tersebut mempamerkan kekentalan untuk mengesahkan kemenangan 21-19. 

Ini merupakan kemenangan ketiga buat Aaron Chia/Soh Wooi Yik keatas lawan tersebut daripada 10 pertemuan berdepan lawan tersebut. Menanti mereka pada aksi petang ini ialah gandingan nombor dua dunia, Takuro Hoki/Yugo Kobayashi.

Sementara itu, wakil negara dalam acara beregu wanita, Anna Cheong Ching Yik/Teoh Mei Xing tewas kepada pasangan Jepun, Mayu Matsumoto/Wakana Nagahara 15-21, 21-23.

Sebelum ini jaguh perseorangan lelaki negara tewas di tangan pemain Indonesia. Baca laporan lanjut melalui pautan di bawah.

Terbuka Malaysia 2022: Lee Zii Jia Tersingkir Awal, 4 Regu Teruskan Kemaraan

Terbuka Malaysia 2022: Juara Dunia, Loh Kean Yew Tersingkir Awal