Juara dunia 2021, Loh Kean Yew menerima tamparan hebat dalam Kejohanan Terbuka Malaysia 2022 apabila tersingkir awal pada aksi pusingan pertama yang berlangsung di Axiata Arena, semalam.

Pemain Singapura kelahiran Pulau Pinang yang merupakan pemain ranking kesembilan dunia itu tunduk kepada pemain dari Hong Kong, Lee Cheuk Yiu 19-21,12-21 dalam tempoh masa 39 minit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ia merupakan kekalahan ketiga Kean Yew kepada pemain berusia 25 tahun itu bagi menjadikan rekod pertemuan kedua-dua pemain memihak Cheuk Yiu dengan 3-0.

Kali terakhir Kean Yew tewas di pusingan pertama adalah pada 16 Mac 2022 dalam saingan All England ditangan Anders Antonsen.

Manakala dengan kemenangan tersebut, Cheuk Yiu akan berdepan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen di pusingan kedua yang bakal berlangsung pada Khamis nanti.

Axelsen layak ke pusingan seterusnya selepas berjaya menundukkan pemain dari Perancis, Brice Leverdez dengan kemenangan ‘straight set’ 22-20, 21-7.

Warganet memuji pasukan regu campuran kerana berjaya menewaskan pihak lawan walaupun kedua-dua pemain negara itu keracunan makanan. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Netizen Puji Semangat Juang Regu Campuran Untuk Teruskan Perlawanan Walaupun Alami Keracunan Makanan

Lee Chong Wei Pemain Badminton Paling Kaya, Miliki Kekayaan Bernilai RM330 Juta?

Lee Zii Jia Terima Restu BAM Untuk Jadi Pemain Profesional