Seorang pelancong German terbunuh di Machu Picchu kerana ingin bergambar di sebuah lokasi yang sebenarnya ditutup untuk orang awam. Pelancong berusia 51 tahun itu, Oliver Paps terjatuh dari ketinggian 300 kaki dan mayatnya kini sudah ditemui.

Salah seorang pengarah di tapak Machu Picchu berkata kawasan tempat Oliver kali terakhir ditemui itu telah ditutup dan barrier yang dipasang adalah untuk menghindarkan orang ramai daripada memasuki kawasan tersebut.

“Beliau mengarahkan seorang lelaki mengambil gambar dirinya. Ketika lelaki itu baru sahaja dapat kamera dari Oliver, beliau hilang keseimbangan dan terjatuh,” kata seorang pelancong Guilermo Mestas.

Sehari sebelum itu, seorang pelancong dari Korea Selatan turut terjatuh dan terbunuh ketika mengambil gambar selfie di utara Peru. Pelancong itu jatuh dari ketinggian 480 meter ke dalam air terjun Gocta menurut sumber di Canal N.

Air Terjun Gocta, Peru
Air Terjun Gocta, Peru

Bagi anda yang kaki selfie dan bergambar, boleh jadikan kisah ini sebagai pedoman supaya lebih berhati-hati ketika bergambar di masa hadapan. Lagi-lagi kalau bergambar di lereng bukit. Jangan kerana mahu gambar yang awesome dengan GoPro anda,nyawa tergadai. Apapun, memang cantik Machu Picchu ini. Sebuah tapak tamadun purba yang sangat awesome.

Sumber