Semalam dilaporkan bahawa seorang influencer media sosial berkongsi pengalaman berdepan situasi mendebarkan apabila terdengar suara menjerit meminta tolong di kawasan perumahannya di Selangor untuk satu tempoh yang agak lama.

Bukan itu saja, sebaik saja suami serta jiran mereka yang lain bertanyakan kepada wanita tersebut tentang lokasi keberadaannya pada ketika itu, kedengaran pula suara seorang lelaki berhampiran dengan tempat berkenaan meminta supaya tidak layan jeritan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Walau bagaimanapun, masih kedengaran suara wanita berkenaan meminta tolong dan perkara itu mendorong influencer berkenaan segera menghubungi pihak polis. Kemudian, pihak polis tiba dan wanita tersebut turun dari blok untuk berbincang.

Selepas itu, wanita terbabit dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut dan menurut influencer berkenaan, mangsa berkemungkinan terlibat dengan kes keganasan rumah tangga.

Tindakan influencer tersebut telah meraih pujian ramai kerana membantu wanita tersebut. Lantaran itu, segelintir netizen turut berkongsi pengalaman yang mereka pernah hadapi dan cara mereka menanganinya.

Rata-rata netizen bercerita pernah bertemu dengan wanita yang memerlukan bantuan dan mereka pun mengambil tindakan pantas menghubungi pihak polis. Maka, tindakan influencer tersebut untuk menghubungi polis adalah tepat kerana dapat menyelamatkan mangsa.