Demi wang, seorang isteri sanggup palsukan kematian suaminya untuk mendapatkan pampasan bernilai lebih RM26,000 daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Difahamkan, pasangan tersebut terdesak menipu kerana kesempitan wang dan berhutang dengan sebuah Syarikat Pinjaman Wang Berlesen.

Menurut laporan, pasangan suami isteri tersebut mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut. Hamidah Talaha dipercayai memalsukan kematian suaminya, Mansor Idris dengan memperdayakan seorang pegawai eksekutif PERKESO Sarawak untuk mengeluarkan pampasan kematian.

Walau bagaimanapun, perbuatan pasangan itu terbongkar apabila pegawai eksekutif PERKESO itu mengetahui dirinya ditipu pada 15 Oktober lalu apabila seorang pekerja Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang juga kenalan tertuduh (Mansor) memaklumkan tertuduh yang tinggal sekampung dengannya masih hidup.

d0266265-2e2f-489f-aee8-6a6d9c5e3fa2-e1603268406217

Oleh itu, pihak PERKESO membuat semakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk pengesahan tetapi tiada sebab sebab kematian dipaparkan. Lantaran itu, pihak PERKESO membuat laporan polis untuk tindakan lanjut kerana merasakan sijil kematian tersebut palsu.

Berikutan itu, pihak mahkamah telah menetapkan untuk menjatuhkan hukuman pada 3 November ini memandangkan pihak penjara mempunyai prosedur operasi standard (SOP) ketat dan kini belum menerima sebarang banduan dalam langkah mengawal pandemik COVID-19.

Justeru itu, kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin mahkamah RM30,000, sementara menunggu sebutan kes dan mereka perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan seminggu sekali. Pasport mereka juga perlu diserahkan kepada mahkamah.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘hits’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Umpama ‘Mocking’ Orang Susah, Program Realiti The House Mendapat Kecaman Netizen

Cetus Kontroversi, dUCk Didakwa Plagiat Rekaan Aksesori Tudung Jenama Bokitta

PDRM Sahkan Addy Kanna dan Leong Yeong Tidak Terlibat Dengan Macau Scam