Sekumpulan diplomat Rusia dan keluarga mereka keluar dari Korea Utara dengan menaiki troli keretapi disebabkan Korea Utara mengambil langkah yang ketat untuk membendung wabak COVID-19.

BCC melaporkan mereka menaiki kereta api dan bas sebelum bergerak melintasi sempadan Rusia menggunakan landasan keretapi sejauh kira-kira 1km (0.6 batu).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk rekod, Pyongyang telah menyekat sebahagian besar pengangkutan awam untuk bergerak. Keretapi juga telah dilarang memasuki atau meninggalkan negara ini. Sebilangan besar penerbangan antarabangsa juga berhenti beroperasi.

Disebabkan itu, diplomat Rusia tidak mempunyai banyak pilihan selain daripada menolak troli keretapi.

“Oleh kerana sempadan telah ditutup selama lebih dari satu tahun dan lalu lintas penumpang dihentikan, perjalanan akan memakan waktu lebih lama dan sukar untuk pulang,” kata Kementerian Luar Negeri Rusia.

Foto yang dikongsi oleh kementerian menunjukkan para diplomat dan keluarga menaiki troli dengan beg pakaian mereka di tengah-tengah pemandangan musim sejuk. Mereka juga dilihat bersorak dalam video ketika mereka menyeberang ke Rusia.

Setiausaha Kedutaan Rusia, Vladislav Sorokin, adalah antara mereka yang pulang dengan troli. Mereka menolak troli terbabit lebih dari 1 kilometer, melintasi jambatan kereta api di atas Sungai Tumen, yang memisahkan dua negara, Rusia dan Korea Utara.

Pegawai Kementerian Luar Negeri menyambut rombongan di sebuah stesen di sempadan Rusia. Mereka kemudian menaiki bas ke lapangan terbang Vladivostok.

Pada tahun 2020, jumlah diplomat asing menyusut, kerana banyak kedutaan Barat ditutup di Korea Utara. Mereka yang mahu pulang berunding selama berminggu-minggu untuk mengatur langkah-langkah khas bagi membolehkan mereka pulang ke negara asal.

Korea Utara dilaporkan catat kes pertama COVID-19, pesakit bakal dihukum. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Korea Utara Dilaporkan Catat Kes Pertama COVID-19, Pesakit Bakal Dihukum

Gara-Gara Dengar Radio Bahasa Asing, Nelayan Di Korea Utara Dihukum Mati

Korea Utara ‘Seksa’ Pesakit COVID-19 Kelaparan Hingga Mati, Mayat Mereka Dibakar

Sumber