Destinasi tumpuan pelancong di Indonesia semestinya Bali kerana menawarkan kecantikan alam semulajadi dan romantik sesuai untuk pasangan datang berbulan madu.

Disebabkan penularan wabak pandemik COVID-19 di seluruh dunia, Bali ‘sunyi’ tanpa pelancong antarabangsa yang sering memeriahkan tempat itu. Bagi menghidupkan kembali Bali, hotel di sana tawar untuk jual bilik dengan harga £9 (~RM48).

Difahamkan, ketika ini Bali yang hanya menerima pelancong dalam negara telah menurunkan harga penginapan mereka kepada harga yang murah. Menurut tinjauan, penginapan di Pillow Inn Ubud berharga £14 (~RM75) untuk satu malam, manakala Yoga Amertham Retreat and Resort pula berharga £9 (~RM48) untuk satu malam.

a44b8630b524099b30c2ab50f83d034f
Sumber: Tiket.com

Tidak hanya itu, penginapan-penginapan yang berada di Bali turut menawarkan pakej ‘awesome’ bagi menarik minat pelancong tinggal lebih lama di sana. Menurut Persatuan Ubud Homestay, kebanyakan penginapan di Bali kini menawarkan sewa bulanan sehingga 50% untuk harga asal jika pengunjung menginap dalam jangka panjang.

Pada bulan Ogos yang lalu, Bali telah mengumumkan penutupan pulau tersebut kepada pelancong antarabangsa sehingga tahun 2021.

Adakah anda pernah ke ‘rumah pengabdi setan’ di Indonesia? Jom kita lihat dahulu sebelum ke sana apabila keadaan sudah kembali pulih.

Video ‘Tour’ Ke Rumah Sebenar Pengabdi Setan Di Indonesia Buat Netizen Seram Sejuk

Cantik Dan Menghiburkan, Video Bermain Gelongsor Pelangi Ini Berjaya Curi Perhatian Netizen

Tiket Penerbangan ‘Tanpa Destinasi’ Bernilai RM11,345 Habis Terjual Dalam Tempoh 10 Minit

Sumber