Ketika ini, kemelut rumah tangga Syamsul Yusof dan isterinya Puteri Sarah yang dikaitkan dengan gangguan orang ketiga iaitu Ira Kazar menjadi bualan ramai.

Berikutan itu, tular di media sosial klip video sesi temubual Pak Nil bersama Syamsul Yusof dalam rancangan β€˜Hard to Heart’ dimana Pak Nil selitkan soalan perihal kemelut rumah tangga Syamsul dan juga bertanyakan siapa Ira Kazar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@nadqaseh_bb

sedih gile jawapan yang dia bagi πŸ˜”#syamsulyusof #irakazar #fyppdong #trendingfyp #trendingtiktokviral

♬ suara asli – 𝐃𝐒𝐝𝐒𝐀 πŸπšπ›π«πžπ πšπ¬ – Didik fabregas

https://www.tiktok.com/@kaymon_boy/video/7116550817775095066?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7049159328120784386

Menerusi video terbabit, Syamsul dilihat tidak menjawab satu pun soalan daripada Pak Nil berkenaan hal tersebut dan memilih untuk mengunci mulutnya. Tindakan Syamsul yang tidak menjawab soalan itu menimbulkan rasa kurang senang dan kecewa dalam kalangan netizen.

Segelintir netizen berpendapat bahawa tindakan berdiam diri Syamsul sebenarnya adalah ‘jawapan’ dan sepatutnya Syamsul memberikan jawapan agar tidak menimbulkan spekulasi lain.

Terdahulu, Puteri Sarah telah memfailkan satu tindakan undang-undang dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon veteran Kazar.

Malah, pihak mahkamah mengekalkan perintah interima injuksi kepada Ira Kazar dimana tidak boleh mengganggu Puteri Sarah dan dianggap menghina keputusan mahkamah sekiranya gagal berbuat demikian.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Selamba Rangkul Pinggang Pelayan Wanita, Tindakan Kumpulan Lelaki Ini Undang Kecaman Netizen

Jumpa Serangga Dalam Minuman, Kebersihan Restoran Di Kampung Baru Ini Undang Pertikaian Netizen