Baru-baru ini NST melaporkan rakyat di negeri Terengganu menghasilkan 815 tan sampah berasaskan makanan pada setiap hari sejak mula Ramadan yang lalu. Fakta ini didedahkan oleh pengarah Solid Waste and Public Cleanliness Management Corporation (SWCorp), Hazahar Hashim.

Menurut Hazahar, terdapat peningkatan sebanyak 20% berbanding hari biasa, 660 tan. Tetapi berlaku pengurangan 5% pada dua minggu pertama Ramadan berbanding bulan Ramadan tahun lepas. Ini mungkin disebabkan oleh pengurangan perbelanjaan membeli makanan di kalangan penduduk Terengganu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Peningkatan jumlah sampah akan turut memberi kesan ke atas kos operasi pelupusan sampah. Malah, 3 dari 7 tapak pembuangan sampah telah mencapai tahap kritikal dengan berlebihan sampah. Keadaan ini akan turut mengancam alam sekitar.

“Terlalu banyak pelupusan sisa, sama ada secara semula jadi atau melalui insinerator, akan mempunyai kesan rumah hijau juga. Oleh itu, kita perlu berhati-hati untuk tidak membuang makanan,” kata Hazahar Hashim.

Maka, selaku pengarah kepada pengurusan sampah, Hazahar menyeru pengguna berhemah dalam penyediaan makanan dan berjimat dalam pembelian makanan agar tindakan itu akan dapat mengurangkan penghasilan sampah.

Sumber