Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Tujuh negeri di Malaysia – Sarawak, Pahang, Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan – antara yang tidak bersetuju dengan draf membabitkan pindaan Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 [Akta 303] dengan menetapkan umur minimum perkahwinan bagi wanita kepada 18 tahun.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, hanya Selangor yang telah meminda enakmen negeri, sementara Wilayah Persekutuan telah memulakan proses pindaan.

Manakala Pulau Pinang, Sabah, Johor, Melaka dan Perak bersetuju untuk meminda undang-undang mereka, katanya.

42e5

The Straits Times

Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang memuktamadkan pindaan Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) dan menyelaras dengan jabatan kerajaan untuk meningkatkan umur perkahwinan di kalangan orang Islam.

Beliau berkata, enakmen/Ordinan Undang-undang dan had umur minimum perkahwinan hanya boleh dipinda sekiranya negeri-negeri bersetuju dengan cadangan pindaan tersebut.

Wan Azizah berkata demikian semasa sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri bagi menjawab soalan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) tentang usaha kerajaan menaikkan had umur perkahwinan kepada 18 tahun.

Perlu campur tangan Putrajaya

Pertubuhan bukan kerajaan, Sister in Islam (SIS) hari ini mahu kerajaan persekutuan untuk campur tangan bagi memberi tekanan kepada tujuh negeri yang enggan bersetuju dengan larangan perkahwinan bawah umur.

Kumpulan itu juga meminta tujuh negeri tersebut menjelaskan alasan mereka yang tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan walaupun isu ini telah dibincangkan oleh ramai pihak tentang kesan buruk perkahwinan bawah umur kepada kanak-kanak.

Kerajaan Persekutuan tidak perlu menunggu tujuh negeri ini untuk bersetuju tetapi perlu memikirkan kesan langsung kepada perkahwinan bawah umur yang memberi mudarat yang lebih besar kepada kanak-kanak.

d525afda-d938-11e9-80eb-3aa57b6d2433_image_hires_123639

South China Morning Post

Untuk rekod yang dikeluarkan oleh Malaysiakini, Sarawak, Kelantan dan Sabah mencatatkan angka tertinggi bagi permohonan perkahwinan bawah umur untuk kanak-kanak Islam dari tahun 2013 sehingga Jun 2018.

Dengan lebih 974 permohonan dicatatkan oleh Sarawak dan diikuti oleh Kelantan dengan 877 permohonan.

Terbaharu, Menteri Hal Ehwal Islam Mujahid Yusof berkata Kerajaan Persekutuan akan meyakinkan jabatan agama negeri untuk melarang perkahwinan bawah umur.

Berikut adalah cerita lain mengenai perkahwinan yang perlu anda tahu. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Apakah Yang Mempengaruhi Realiti Majlis Perkahwinan Orang Melayu Walaupun Sengkek

Kenal Di Friendster Dan Bercinta Jarak Jauh, Pasangan Traveller Ini Berkongsi Kisah ‘Sweet’ Mereka

Anda Mungkin Suka