Meminati selebriti sehingga mengumpul koleksi merchandise seperti poster dan banyak lagi serta menghadiri konsert itu perkara biasa bagi remaja yang sedang sedang meningkat dewasa. Setiap orang akan melalui fasa tersebut dan amatlah bertuah jika minat itu disokong oleh ahli keluarga.

Terbaharu, pengguna TikTok @cikatienn telah berkongsi sebuah video memaparkan anak perempuannya yang tergamam dan sedih apabila koleksi ‘Kpop merchandise’ miliknya dibakar oleh ayahnya tanpa bertanya kepadanya.

Baca Juga:

https://www.tiktok.com/@cikatienn/video/7146386491919453466?_r=1&_t=8Vw7eYAbBwI&is_from_webapp=v1&item_id=7146386491919453466

Menerusi video tersebut, dapat dilihat remaja itu remuk hatinya dan sedih apabila koleksi kesayangannya dibakar kerana ia dibeli dengan hasil tabungan, hadiah daripada rakan dan juga hasil tangannya sendiri. Video itu dirakam oleh ibu remaja itu yang dikatakan tidak menyokong dengan tindakan suaminya itu yang membakar tanpa bertanya terlebih dahulu.

Perkongsian tersebut telah dikongsikan ramai orang di media sosial dan menjadi topik hangat dalam kalangan netizen. Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib remaja perempuan itu dan sewajarnya bapa kepada remaja tersebut tidak membakar koleksi ‘Kpop merchandise’ tanpa bertanya terlebih dahulu.

https://twitter.com/PakcikBertwit/status/1573222749807706112

Bukan itu sahaja, para netizen juga mengatakan bahawa jika tidak dapat menyokong minat anak, tidak perlu sehingga tergamak membakar barang kesayangan anak tanpa memikirkan perasaan anak. Malah, tindakan bapa remaja tersebut dilihat akan mempengaruhi emosi anak dan membuatkan mereka hilang percaya pada keluarga.

Rata-rata netizen juga mengatakan tidak akan terkejut jika selepas ini remaja itu lebih memilih memendam daripada perlu berkongsi suka duka bersama keluarga kerana bimbang perbuatan mereka tidak diterima keluarga. Bahkan, ada juga netizen yang berkongsi pernah berdepan dengan situasi yang sama dan ia meninggalkan kesan mendalam dalam hidup mereka.