Sebut mengenai anak kandung khususnya yang masih kecil sudah pastinya ramai yang mempunyai ihsan terhadap mereka. Malah, ramai yang sanggup menjaga bagai mentang minyak yang penuh sehingga anak tersebut besar dan mampu berdirikari.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila dikongsikan TikTok @imeautopar77 di mana anak beliau bernama Muhammad Daniel Putra berusia 5 tahun telah dibawa lari oleh bekas isteri secara tanpa izin pada 16 Mac 2019.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Difahamkan anak beliau telah didera oleh ibu kandung sendiri iaitu bekas isteri beliau di mana anak yang tidak bersalah tersebut turut dihempas meja ke atasnya.

Situasi ganas yang dilakukan bekas isteri telah mendesak scandal atau teman lelaki bekas isterinya tampil berkongsi video keganasan yang dilakukan kepada beliau.

https://www.tiktok.com/@imeautopar77/video/7143591482258181403?_r=1&_t=8Viib4Shj8r&is_from_webapp=v1&item_id=7143591482258181403

Keadaan yang perit untuk dilihat ini telah mendesak beliau untuk tampil membuat laporan polis. Walau bagaimanapun, beliau terpaksa pulang dengan hampa apabila beliau dikatakan gagal membuat laporan dari jam 9 malam sehingga 3 pagi. Beliau memaklumkan memilih untuk pulang selepas hampir 6 jam menunggu dan perlu ke sekolah pada keesokan harinya.

Lelaki ini turut memaklumkan telah membuat laporan mengenai keganasan yang berlaku terhadap beliau sewaktu dicederakan oleh seorang teman lelaki bekas isterinya sebelum ini.

Situasi yang berlaku sekaligus telah meraih perhatian netizen yang meluahkan rasa kasihan terhadap anak kecil tersebut. Berikut merupakan respon netizen terhadap situasi yang berlaku.

Sumber: tiktok @imeautopar77
Sumber: tiktok @imeautopar77

Berdasarkan perkongsian yang dibuat pada 2 jam yang lalu, rata-rata netizen turut risau dengan keadaan Muhammad Daniel Putra. Lelaki ini turut memaklumkan masih belum menerima sebarang berita mengenai keadaan anak beliau setakat ini.

Sumber: tiktok @imeautopar77

Perkongsian yang dibuat sekadar memaklumkan keadaan yang berlaku serta menyerahkan kepada netizen untuk menilai insiden yang berlaku terhadap beliau dan anak.