Sudah menjadi lumrah setiap ibu bapa atau penjaga mahukan yang terbaik buat anak jagaan mereka. Malah, terdapat ibu bapa yang sanggup berhenti kerja semata-mata untuk fokus menjaga anak bagi memastikan anak tersebut dapat membesar dalam keadaan yang baik serta bebas daripada trauma.

Dalam pada itu, masih terdapat lagi segelintir ibu bapa atau penjaga yang memilih untuk melakukan kekerasan yang melampau sekaligus memberi kesan kepada fizikal dan mental anak kecil.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, tular di media sosial menerusi perkongsian Instagram @iesyatoh2 dan @theaqil7 di mana mereka telah memuat naik kes dera melibatkan seorang individu yang melakukan kekasaran dengan memukul anak angkatnya bernama Alia pada bahagian tangan dan mulut menggunakan penyangkut baju serta batang penyapu.

https://www.instagram.com/p/CgS-pKZp2vr/

https://www.instagram.com/p/CgSuukkhFya/?hl=en

Memukul dan mengugut mangsa secara keras telah membuatkan para netizen terkejut serta berang dengan layanan wanita yang didakwa pernah menjadi scammer ini. Malah, Caprice serta beberapa lagi netizen turut meluahkan rasa sedih serta sedia menghulurkan bantuan dalam memastikan kes ini terbela.

Sumber: Instagram @theaqil7
Sumber: Instagram @theaqil7

Menerusi tinjauan di ruangan komen, difahamkan kejadian ini telah berlaku di Eco Majestic Semenyih. Alia telah diselamatkan oleh pihak polis manakala wanita tersebut telah ditahan. Walau bagaimanapun, orang ramai berharap agar kes ini tidak dilepas pandang dalam memastikan situasi seakan Bella tidak lagi berulang.

Kemas kini: Pihak polis telah menahan wanita tempatan bersama lelaki Singapura berikutan mencederakan Alia. Dilaporkan Alia merupakan seorang warga Indonesia berusia sekitar 4 tahun dah telah diserahkan untuk dijaga ibu angkat berikutan ibu kandungnya tidak mampu menjaganya.

Alia yang tidak suka memakan nasi serta didakwa terlalu aktif antara punca yang membuatkan beliau didesak untuk menghabiskan makanan serta dijadikan mangsa dera.

Tular pada minggu ini apabila para netizen terhibur dengan telatah wanita ini yang tergelincir lalu jatuh dalam keadaan yang penuh sopan.

‘Jatuh Pun Sopan’ – Netizen Terhibur Dengan Telatah Wanita Ini Yang Tergelincir Membawa Makanan

Berjaya Jadi Penggusti Terbaik Asia Tenggara, Undertaker Tampil Beri ‘Warning’ Kepada Shaukat

Mahu ‘Lindungi’ Bank Daripada Diceroboh, China Guna Kereta Kebal Halang Penunjuk Perasaan