Jika sebelum ini tular isu seorang founder kosmetik ‘kantoi’ menjalankan prosedur ujian klinikal terhadap sebuah produk mereka yang dinafikan pihak SIRIM, kini sebuah lagi isu berbangkit melibatkan seorang founder komestik yang sama.

Menerusi perkongsian founder kosmetik, Zirra Abdullah, beliau pada bulan lalu dilihat berkongsi kebaikan produk beliau. Namun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah tindakan beliau yang bukan sahaja menggunakan rumah Allah, malah dengan selamba mempromosikan produk di hadapan Kaabah di Mekah.

Baca Juga:

Tindakan yang dilakukan serta dilarang dalam Islam ini telah mendapat perhatian pengguna Facebook Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat.

Menurut PU Rahmat, beliau secara keras mahu founder produk berhenti menjadikan Kaabah sebagai alat pemasaran sekaligus membawa produk sendiri ke kawasan Masjidil Haram. Malah, OOTD baju bagi tujuan pemasaran juga adalah diharamkan.

Beliau juga turut berkongsi sepotong hadis yang menyatakan Allah tidak menguntungkan perniagaan seseorang yang menjual atau membeli di dalam Masjid.

Teguran yang dibuat oleh PU Rahmat telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan teguran yang dibuat. Malah, terdapat netizen yang turut memaklumkan trend yang sama turut berlaku melibatkan produk seperti jubah dan tudung.

Tidak kurang juga yang mempertikaikan tujuan mempromosikan produk berlatar belakangkan Kaabah dalam mendapatkan kepercayaan pelanggan sekaligus melariskan jualan.

Sumber: Facebook Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan
Sumber: Facebook Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan
Sumber: Facebook Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan

Untuk pengetahuan, founder kosmetik ini turut tampil mempromosikan produk beliau di hadapan kaabah menerusi produk berbeza yang turut dikongsikan di Facebook.

Diharap situasi seperti ini tidak lagi berulang kerana dikhuatiri bakal menjadi trend di kalangan founder produk untuk menayangkan produk di hadapan Kaabah sekaligus merosakkan tujuan asal untuk beribadat di Masjidil Haram.