Bukit Tabur merupakan antara destinasi pilihan ramai orang yang mencari ketenangan dan ingin mencuba kekuatan fizikal mendaki bukit yang terletak di Taman Melawati, Ampang Jaya.

Terbaharu, satu berita yang mengejutkan ramai pihak apabila seorang lelaki warga Perancis jatuh kerana tergelincir apabila mendaki Bukit Tabur pada Rabu lalu.

Difahamkan lelaki tersebut yang dikenali sebagai Martin mendaki Bukit Tabur bersama rakannya sebelum beliau terjatuh dan cedera di bahagian kepala yang menyebabkan kematian beliau.

Pihak bomba dan penyelamat mendapat laporan pada jam 4 petang dan Martin dijumpai dalam jam 6.45 petang. Seramai 68 orang terdiri daripada pasukan bomba dan polis dibantu Jabatan Perhutanan serta badan bukan kerajaan (NGO) Bencana Rescue Malaysia digerakkan untuk operasi dan menyelamat.

Keadaan bukit menyukarkan pihak bomba dan penyelamat untuk membawa mayat Martin ke hospital untuk post mortem. Siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kes ini dan ia diklaksifikasikan sebagai kematian mengejut.

Kejadian seperti ini sering berlaku kerana tiada nature tourist guide yang membimbing pengunjung. Apakah pandangan anda mengenai perkara ini?

Sebelum ini ada pengunjung mendaki bukit terjatuh kerana sekeping gambar. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Kerana Gambar, Lelaki Ini Mati Terjatuh Lereng Bukit Setinggi 45 Meter

Lihat Gambar Ikonik Dan ‘Mengerikan’ Dari Letusan Gunung Berapi Taal Di Filipina

15 Tip Mendaki Gunung Irau Buat ‘Newbie’ Yang Baru Berjinak Dengan Gunung

Sumber