Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

azizul-2

Musim konvokesyen kembali lagi. Tahniah kepada para graduan yang telah berjaya menggenggam segulung ijazah.

Dunia sebenar sedang menanti anda di luar sana bersama berbagai bentuk cabaran.

Antaranya adalah pengaruh rakan sebaya dan persekitaran anda sendiri.

Gajet terkini, kereta mewah, barang branded dari atas sampai bawah semuanya menduga iman dan mencabar poket bagi mereka yang baru saja ‘merasa pegang duit’ selepas habis belajar.

Disebabkan oleh pengaruh sebegini, adakalanya sukar untuk mereka yang baru merasa pegang duit melihat sesuatu secara rasional.

Kali ini kami ingin bawakan satu pandangan dan ingatan ikhlas dari seorang pensyarah UiTM Tuan Azizul Azli Ahmad tentang isu ini.

TERGESA GESA NAK BERJAYA

Ramai yang baru selesai konvo baru baru ini, mak ayah tentu bangga dengan kita. Ada yang dah mula nak tunjuk calon keluarga, ada yang dah mula pandai mintak hadiah bunga.

Mak abah anggap kita dah berjaya, sedangkan baru mula dapat kerja. Dah tak sabar nak naik kereta. Perlumbaan dan Perbandingan pun bermula,

“Anak Kak Mah tu dah beli kereta”

Sekali dua tak mengapa, lama lama sentap jadinya. Kita juga pasang angan angan yang sama. Kawan sekuliah siapa dulu beli kereta.

Anak Muda,

Berhenti berlumba siapa beli kereta, kereta itu liabiliti dan bukan harta. Jauh sekali aset beharga, ia kelak menjadi besi buruk sahaja. Ia hanya simbol dan alat sahaja.

Kekal sahaja pakai Honda 2 roda, tapi pasang impian beli rumah pangsa. Biar anda tidak bergaya tapi pandai urus harta, dari tergesa gesa nak ‘berjaya’. Berjaya bagi orang kita itu bila ada kereta, nak jadi biasa atau luar biasa?

Wallahu A’llam

‪#‎JanganTergesaGesaNakBerjaya‬

‪#‎Tips‬: sila menabung untuk 5 tahun yang pertama. Jika simpanan RM200 sebulan tanpa gandaan boleh simpanan RM12000 nanti. Dah boleh deposit rumah RM120k

Credit : Azizul Azli Ahmad, dengan izin.

———————————————–

Like page The Vocket di Facebook

Anda Mungkin Suka