Bermula hari ini peminat-peminat jenama Yamaha boleh dapatkan model Y16ZR Edisi DOXOU setelah Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan motosikal tersebut pada hari semalam.

Sebelum ini dua model lain iaitu Y15ZR dan NVX155 turut pernah diperkenalkan dengan edisi DOXOU sekitar tahun 2019 yang lalu. Jika sebelum ini HLYM menggunakan warna biru matte, biru muda dan tembaga sebagai warna utama, pada model Y16ZR kali ini pula menggunakan warna hitam, merah dan biru muda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber Gambar: Paultan.Org
Sumber Gambar: Paultan.Org
Sumber Gambar: Paultan.Org

Pada tahun ini, HLYM menyatakan Malaysia telah terpilih sebagai negara pertama yang ditawarkan Y16ZR Edisi DOXOU ini. Oleh sebab ianya keluaran khas, hanya 5,000 unit sahaja dijual di negara ini.

Setiap pelanggan membeli motosikal ini bakal menerima satu set hadiah eksklusif DOXOU yang mempunyai sijil pemilikan, cermin visor rekaan khas dan emblem pelekat Edisi Terhad DOXOU. Pada masa yang sama, ia turut hadir dengan kunci brek cakera bernilai RM100 secara percuma.

Anda boleh dapatkan Y16ZR Edisi DOXOU di semua pengedar sah Yamaha seluruh negara pada harga RM11,688 (tanpa insurans dan cukai jalan) dengan waranti selama 2 tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu).

Sumber Gambar: GENBLU Online Shop

Selain motosikal, anda juga boleh dapatkan siri pakaian DOXOU di laman web rasmi Genblu Online Shop. Antara pakaian yang ditawarkan ialah baju t-shirt, t-shirt berkolar, jaket denim, beg galas dan juga topi. Anda boleh lihat koleksi pakaian Edisi DOXOU di sini.

Jika anda tertanya-tanya apakah maksud ‘DOXOU’, perkataan tersebut diambil dari Jepun yang membawa maksud ‘menjadi kreatif dan sentiasa mendahului orang lain’.

Pada awal bulan Mac lalu, Hong Leong Yamaha Motor telah melancarkan model asas Y16ZR. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Yamaha Y16ZR Hadir Dengan Enjin 155cc, Dijual Pada Harga RM10,888

https://www.thevocket.com/yamaha-135lc-2021-hadir-dengan-4-warna-baharu-dijual-rm6868/