Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Nota Editor: Kisah benar ini ditulis oleh Tuan Abdul Rahim Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Atuk dikalangan kenalannya. Dia berharap perkongsian kisah ini mendatangkan manfaat kepada para ibu bapa/penjaga dan masyarakat. Dengan izin beliau, kami terbitkan semula di Vocket buat bacaan Tuan Puan. Semoga bermanfaat.

Renungan untuk kawan-kawan yang ada anak… ‘dengarlah’ suara hati mereka…

Atuk mempunyai anak kembar tak seiras… sepasang… seorang lelaki… seorang perempuan… Tahun ini mereka sit for SPM… Selepas UPSR.. Kedua-dua dapat 5A’s… Rezeki mereka dapat boarding school aliran agama… Tak jauh dari rumah… 40km dari rumah ajeAfter UPSR.. Mereka ‘berpisah’… Yang perempuan dapat boarding school di KL pulak.. Sek. Sains Sri Puteri, Kolam Air…

Tadi… Atuk baru ambil report card exam half yearly yang lelaki… Sesampai di hall.. Atuk nampak matanya dah merah.. Bila turn kami berjumpa cikgu class… Cikgu itu pula dah sebak dan finally… Menangis… Atuk biasa dengan guru tersebut.. Kerana kami sama-sama Exco PIBG sekolah… Dia menceritakan yang guru-guru sedaya upaya untuk membantu anak Atuk agar cemerlang dalam akademik .. Dan dia juga mengatakan yang anak Atuk pun bersungguh-sungguh untuk belajar… But.. Results yang keluar.. The other way round

Atuk memahami perasaan kedua-dua mereka.. Atuk tahu di pihak tenaga pengajar… They have done the best!… Di pihak anak Atuk pula… Lagi atuk memahami!…

Dia amat meminati dan aktif dalam sukan… Selepas UPSR dulu… Kami memohon untuk masuk sekolah sukan.. Samada di Bukit Jalil dan juga sekolah sukan negeri Perak (400m je dari rumah Atuk)… I met personally the principal… Dengan angkuhnya dia mengatakan yang anak Atuk tak layak… Pasal hanya mewakili sekolah je U-12 dalam bola sepak… Lain le kalau mewakili negeri… OK fine.. Bukit Jalil pun tak dapat…

Anak lelaki ini always telling me

“Abang nak jadi macam ayah.. Main bola untuk state dari zaman sekolah lagi… Ayah main ping pong.. Main takraw.. Volleyball…”

Memang betul… Atas nama saja beliau sekolah agama… Tahfiz tak boleh ikut.. Dia mewakili sekolah sehingga peringkat daerah U18 dalam sukan bola sepak.. tenniscricket dan rugby.. ‘jiwa’ dia tak boleh tune academic

Semasa dihadapan gurunya… Dia memberi surat ini kepada Atuk…

I got to work”s out something… Supaya dia boleh ‘mencari makan’ dengan sukan after SPM nanti.. Atuk tahu dia rasa ‘tertekan’ dengan result dia yang macam tu… Tambahan dengan dunia sekarang… Semua perkara seolah-olah diukur dan dinilai sebagai orang pandai atau cemerlang bersandarkan pencapaian academic… Yang dikatakan pandai bersandarkan berapa cemerlang dalam academic!…

Ayah dia (Atuk) walaupun jual santan (Atuk jarang declare kat orang yang Atuk adalah fulltime stock trader) ada paper.. Dapat scholarship government study oversea… Ibunya ada MBA.. Kakaknya pun ada paper.. Study oversea dapat scholarship government jugak.. Kakak seorang lagi pun kat U (universiti).. Dan dia paling tak suka apabila dibandingkan dengan kembarnya!… Malam tadi kembarnya telefon dari KL.. Dpt result half-yearly jugak… Dapat 9A+.. Top 5 kat sekolah..

Bagi Atuk kenkawan semua… Adakah ‘keberjayaan’ (kejayaan) dalam hidup ini SEMATA- MATA di ukur dari pencapaian academic?.. My answer is definitely NO!… Especially… Era sekarang… Adalah era SKILLS!… (Atuk pernah tulis bab ini dulu)… Tak kira skill apa… As long as orang sanggup bayar diatas skill kita… Plumber, wiring, carpenter, pelukis, tok guru tomoi (Atuk ada kawan bekas world champion buka academy tomoi di Ipoh).. Atau dengan skill yang kita ada kita dapat ‘cari makan’… seperti share trading skill

So… Cara kita berfikir sebagai parents kena berubah… Buangkan ego kita… Janganlah kita terlalu obses dengan ‘memaksa’ anak-anak kita untuk ‘mesti score… mesti dpt A semua subjek’… Demi kelangsungan cita-cita kita dulu… Yang mungkin tak tercapai.. Dan kita seolah-olah ‘memaksa’ anak-anak kita ‘ menyempurnakan’ cita-cita itu atas nama… ‘ibu & ayah suruh belajar-belajar pandai-pandai ini… Demi masa depan kamu!’…

Ingatlah kawan-kawan… ‘keberjayaan’ (kejayaan) anak-anak kita akan datang hanya akan diperolehi apabila mereka telah mendapatkan ‘kehidupan’ mereka sebagai anak-anak kita pada waktu ini… Dan asas kepada kehidupan pula adalah ‘KASIH SAYANG’…

Ramai orang yang kaya-raya atau ‘berjaya’ sekarang… Jika diberi pilihan.. Mereka sanggup menukarkan segala kemewahan mereka demi untuk mendapatkan ‘kasih sayang’ yang telah hilang!…

Hanya orang yang pernah hilang sebuah ‘kehidupan dan kasih sayang’ semasa kecil dulu… Yang tahu betapa besar harga dan nilainya…

Atuk tak akan korbankan ‘kehidupan dan kasih sayang’ anak-anak Atuk demi mendapatkan 10A+!… Demi mendapatkan ‘keberjayaan’ (kejayaan) mengikut ukuran orang lain…

Bagi Atuk…keempat-empat orang anak Atuk adalah PERMATA HATI ku…

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka