Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Walaupun sudah bertahun-tahun media sosial berkongsi berita, rakaman video kemalangan di antara penunggang basikal dengan kenderaan yang lebih besar daripadanya, namun ada segelintir yang masih berani mengayuh basikal di jalan raya utama.

Baru-baru ini tular satu rakaman dashcam kejadian kemalangan melibat dua orang penunggang basikal dengan sebuah kereta Perodua Viva di satu jalan sekitar kawasan Alor Setar, Kedah.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Dalam rakaman video dashcam yang kini sedang menjadi bualan netizen, kelihatan ada tiga orang penunggang basikal sedang mengayuh di laluan kecemasan jalan raya itu.

Dua orang penunggang basikal yang berada di hadapan terpaksa masuk ke dalam laluan utama kerana laluan kecemasan yang digunakan mereka telah ditutup dengan penghadang jalan.

Sejurus mereka masuk ke laluan utama, kedua-dua individu telah mengayuh basikal di bahagian bahu jalan dan tidak mengganggu trafik. Namun, Perodua Viva tersebut ibarat ‘menghimpit’ basikal dan menyebabkan kemalangan. Ada kemungkinan pemandu Viva ‘terkejut’ dengan motosikal yang memotongnya dari arah kanan jalan sebelum kemalangan.

Kedua-dua penunggang basikal itu terjatuh serta-merta setelah berlanggar antara satu sama lain. Manakala pemandu Viva itu pula mengambil keputusan untuk melarikan diri sejurus kemalangan tersebut berlaku.

Rakaman video itu telah meraih perhatian netizen yang mempertikaikan siapakan yang bersalah dalam insiden terbabit. Ramai yang menyalahkan penunggang basikal terbabit kerana mengayuh di jalan raya.

Pada masa sama juga, ada netizen yang menyalahkan pemandu Viva tersebut kerana tidak peka dengan keadaan sekeliling semasa membawa kereta.

Sumber Gambar: Facebook Sukan Star TV

Sumber Gambar: Facebook Sukan Star TV

Sumber Gambar: Facebook Sukan Star TV

Nasib kedua-dua penunggang basikal itu agak baik kerana kereta yang merakam kejadian tersebut sempat mengelak daripada berlanggar sejurus kemalangan berlaku.

Pemandu kereta itu juga turut memberhentikan kenderaannya dipercayai mahu membantu dan difahamkan kedua-dua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan. Baik pemandu kereta atau penunggang basikal, perlu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling supaya kemalangan dapat dielakkan.

*Ikuti perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara melalui laman Facebook terbaharu kami, Vocket Car Club.

Dalam satu insiden lain pula, pemandu Myvi ‘membuli’ pengguna jalan raya lain dengan tidak memberikan laluan apabila ada yang cuba memotong keretanya. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Netizen Geram Dengan Tindakan Pemandu Myvi Halang Kereta Lain Potong Keretanya

Netizen Puji JSPT Dedah Salah Laku Jalan Raya Dengan Bukti Video ‘Dashcam’ Yang Dikongsi Ramai