Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Dunia korporat digemparkan dengan berita tempahan kereta elektrik Tesla dalam skala yang besar oleh Hertz, sebuah syarikat kereta sewa Amerika Syarikat yang berpangkalan di Estero, Florida pada hari Isnin lalu.

Hertz bersetuju untuk membeli 100,000 buah kereta Tesla menjelang akhir 2022, sekaligus membantu menaikkan harga pasaran saham Tesla pada hari yang sama. Nilai pasaran Tesla mencecah USD1 trilion selepas harga sahamnya memperoleh paras tertinggi sepanjang masa sebanyak USD1,024.36, lapor USA Today.

Pembuat kereta elektrik berpangkalan di California, Amerika Syarikat itu merupakan salah satu daripada lima syarikat yang berjaya mencecah nilai trilion dolar. Empat lagi syarikat yang sudah menjadi sebahagian ‘Trillionaire Club’ ialah Apple, Microsoft, Amazon dan Alphabet, syarikat induk Google.

Pada awal Oktober lalu, Elon Musk telah mengumumkan ibu pejabat Tesla akan meninggalkan California dan berpindah ke Texas dalam satu mesyuarat pemegang saham Tesla.

Tesla berjaya mencapai rekod penghantaran kenderaan pada suku ketiga 2021 dengan menghantar 241,300 kenderaan elektriknya di seluruh dunia antara Julai dan September, peningkatan sebanyak 73% daripada tahun lepas.

Semasa mesyuarat itu juga, beliau turut menyatakan kereta Model 3 menjadi kenderaan premium terlaris di dunia mengatasi model-model kereta jenama lain seperti BMW 3 Series, Mercedes C-Class, Mercedes E-Class dan Audi A4.

Pada tahun lalu Elon Musk pernah memuat naik ciapan sehingga menyebabkan saham syarikat Tesla jatuh menjunam. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Hanya Kerana ‘Tweet’ Elon Musk, Saham Tesla Jatuh RM60 Bilion

Elon Musk Tampil Dengan ‘Gimik’ Terbaru Sempena Perasmian Kilang Tesla Di China

Anda Mungkin Suka