Sebelum ini, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman telah menimbulkan kontroversi apabila video muzik lagu raya terbaharu beliau yang bertajuk ‘Kelepok Raya’ dimuat naik di YouTube.

Sedia maklum, video muzik ‘Kelepok Raya’ mendapat kecaman netizen kerana dikatakan bertentangan dengan budaya Melayu dan orang Islam. Malah, klip video muzik tersebut juga memaparkan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut.

Menurut laporan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan memanggil individu terbabit dalam video muzik sempena Aidilfitri itu. Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, berkata individu yang dikenal pasti telah diberi notis dan diminta untuk hadir di ibu pejabat SKMM di Cyberjaya, hari ini.

Pihak SKMM telah teliti di peringkat awalan dan ada sebab untuk siasatan dilaksanakan. Oleh itu, kertas siasatan dibuka untuk siasat perkara ini bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Malah, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan bahawa Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menerima terlalu banyak aduan termasuk daripada Jabatan Perdana Menteri khususnya Hal Ehwal Agama dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung video muzik tersebut.

Sementara itu, kami kongsikan artikel berkaitan video muzik ‘Kelepok Raya’ pada pautan di bawah ini.

Aliff Syukri Didakwa Hina Islam Dan Bulan Ramadan Dalam Muzik Video Terbaharu

‘Tiada Common Senses’ – Netizen Kecewa Pengunjung Sepahkan Barangan Sewaktu Membeli Belah

Sumber