Apabila bercakap mengenai kicap Habhal’s Cap Kipas Udang, sudah pasti ramai yang mengenalinya kerana ia telah menjadi kegemaran rakyat Malaysia buat sekian lama.

Malah tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian daripada rakyat Malaysia yang berada di perantauan turut inginkan kicap tersebut, seperti perkongsian dari @minaazaini di mana beliau telah kongsikan pengalaman sewaktu menghantar bungkusan yang mengandungi kicap Cap Kipas Udang kepada sepupunya yang kini menetap di Jepun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi ciapan di Twitter, beliau telah berkongsi bagaimana penghantaran bungkusan tersebut telah bertukar tragedi apabila botol kicap yang dihantar telah pecah.

Namun begitu, akibat daripada kejadian tersebut, ahli keluarga beliau telah bertindak menghantar mesej kepada syarikat Cap Kipas Udang bagi memberitahu kejadian berikut.

Susulan daripada mesej berkenaan, beliau kemudiannya telah menerima mesej balas daripada akaun media sosial Cap Kipas Udang sendiri yang berminat untuk memberi ganti rugi daripada kejadian tersebut.

“Mula-mula makcik ada post kicap dari Malaysia ke Jepun, sewaktu first delivery tu barang lain semua okay, kicap sahaja yang tiada rezeki.

“Sampai dalam bubble wrap kicap dah pecah. Adik sepupu saya yang telah menghantar pesanan ringkas ke pihak Cap Kipas Udang dan telah kongsikan kejadian itu. Tak sangka pula pihak tersebut akan membuat ganti rugi dengan menghantar kicap serta kaya ke Jepun,” jelas beliau.

Walaupun begitu, beliau telah menjelaskan bahawa pada awalnya mereka tidak mengharapkan pihak Cap Kipas Udang untuk memberi sebarang ganti rugi namun mereka tetap bersyukur atas pemberian dari pihak tersebut.

Tidak salahkan syarikat penghantaran

Sewaktu dihubungi pihak The Vocket, walaupun terdapat segelintir rakyat Malaysia yang bertindak menyalahkan syarikat penghantaran tersebut, beliau menganggap pihak tersebut sudah lakukan yang terbaik sewaktu menghantar bungkusan tersebut.

“Saya rasa syarikat penghantaran sudah lakukan yang terbaik dalam proses penghantaran, cuma tidak ada rezeki.

“Bagi mereka yang ingin membuat penghantaran, saya nasihatkan untuk buat perlindungan secara tambahan untuk barang-barang yang hendak dihantar. Lagi jauh, lagi tebal bungkusan,” jelas beliau sebelum mengakhiri perkongsiannya bersama kami.

Diharap dengan perkongsian ini, ia dapat menjadi ikhtibar buat ramai pihak untuk sentiasa bersikap professional terutama sekali apabila berhadapan dengan situasi sebegini.

Baca juga perkongsian semasa di media sosial yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah.

Tuduh ‘Rider’ Curi Air Starbucks, Grab Malaysia Tampil Beri Penjelasan

Majikan Mohon Maaf, Lelaki Tuduh ‘Rider’ Grab Curi Air Starbucks Kini Digantung Kerja

Pemandu Wanita Dakwa Diganggu Ketika ‘Roadblock’, Bukit Aman Gantung Tugas Dua Pegawai Polis

Sumber