Timbalan Presiden Pertubuhan Gemilang Agensi Pelancongan dan Pengusaha Bas Malaysia (GAPP), Wan Shairi Wan Ahmad mengesahkan bahawa pihak berkuasa Jerman telah mengusir keluar dua rakyat Malaysia setelah didapati menerima suntikan dos penggalak yang berbeza daripada dos primer lengkap sebelum ini, lapor Utusan Malaysia.

Kedua-dua adik beradik lelaki ini telah datang ke Eropah untuk mengikuti percutian bersama-sama dengan ibu bapa kini telah diarahkan pulang dengan menaiki penerbangan TK 1526 pesawat Tur­kish Airlines dari Dusseldorf, Jerman yang berlepas pada jam 2.45 petang semalam.

Hajah Roslen, jurucakap Interleisure & Event Management Sdn. Bhd turut mengesahkan bahawa dua pesertanya sudah diarahkan pulang ke Malaysia sambil mengaku kesal dengan tindakan pihak berkuasa Jerman yang mengawal ketat mereka berdua seolah-olah seperti kes pesalah serius.

Beliau menambah bahawa ibu bapa mereka berjaya masuk ke Jerman tanpa ada apa-apa masalah, namun mereka berdua terkandas disebabkan dos penggalak yang diterima berjenama Comirnaty selepas dos primer jenis Sinovac.

Wan Shairi pula berharap akan mendapat maklum balas dari pihak Kedutaan Besar Malaysia di Berlin untuk tampil membantu rakyat Malaysia yang dihalau Jerman.

“Kami tidak pasti jika berlaku salah faham dengan pihak berkuasa Jerman mengenai status dos penggalak, tetapi pengusiran ini amat mendukacitakan kami,” katanya penuh kesal.

Bagi Roslen, situasi ini mencetuskan tanda tanya mengenai status penerimaan dos penggalak warga Malaysia jika berada di luar negara dan berharap pihak Kementerian Kesihatan mampu untuk menyelesaikan isu ini secepat mungkin kerana akan memberi kesan kepada perjalanan rakyat Malaysia di negara asing.

Filipina tak terima sijil vaksin MySejahtera, 15 pengembara dari Malaysia terkandas di Manila. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Filipina Tak Terima Sijil Vaksin MySejahtera, 15 Pengembara Dari Malaysia Terkandas Di Manila

Melawan Teori Anti Vaksin Yang Kaitkan Pesawat OneWorld Dengan ‘Agenda Dajjal’

Kumpulan Anti-Vaksin Tidak Setuju Dr Zulkifli Dilantik Sebagai Menteri Hal Ehwal Agama