Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk 32 orang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), terdiri daripada anggota dan bekas anggota trafik polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Kesemua pegawai termasuk 12 individu lain telah ditahan kerana dipercayai terlibat dalam sindiket melindungi pemandu lori yang bersalah. Kegiatan yang dilakukan sejak 2019 sehingga tahun lalu telah terbongkar selepas kesemua mereka dipercayai menerima suapan keseluruhan bernilai RM1.64 juta.

vocket-jpj-terima-duit-tepi-5
Sumber Gambar: Utusan Malaysia

Mereka semua ditahan sejak semalam dalam satu operasi besar-besaran melibatkan lima buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Melaka yang dikenali sebagai ‘Op Sukat’.

Menurut sumber, kegiatan itu melibatkan pegawai JPJ pelbagai gred termasuk pegawai kanan manakala orang awam pula merupakan proksi. Mereka disyaki tidak mengambil tindakan terhadap pengusaha lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa muatan lebih serta tidak memenuhi aspek teknikal lain.

vocket-jpj-terima-duit-tepi-1
Sumber Gambar: Kosmo

“Antara modus operandi yang dikesan ialah pegawai-pegawai berkenaan tidak akan mengambil tindakan terhadap pengusaha lori yang telah melakukan kesalahan jalan raya setelah menerima wang rasuah yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi atau proksi secara bulanan.

“Mereka dipercayai menerima suapan kira-kira RM150 hingga RM3,000 sebulan dengan nilai keseluruhan melibatkan kira-kira RM1.64 juta,” tambah sumber lagi.

Ketua Pesuruhajaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan tangkapan berkaitan operasi tersebut hasil kerjasama antara SPRM dan JPJ khususnya Ketua Pengarah dan Bahagian Integriti JPJ dalam usaha meningkatkan integriti jabatan tersebut.

vocket-jpj-terima-duit-tepi-4
Sumber Gambar: Astro Awani

“Objektif siasatan ialah tertumpu kepada kesalahan rasuah di bawah Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM 2009 dan melibatkan isu salah laku. Kita cuba untuk lakukan siasatan secepat mungkin,” terang beliau.

Tambah Datuk Seri Azam Baki lagi, ketika ini siasatan masih lagi berjalan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan akan ada beberapa lagi siri tangkapan.

Baca lagi artikel-artikel terbaru yang kami kongsikan sepanjang minggu ini melalui pautan di bawah.

Bukan Hanya Penjaja, Pembeli Di Lampu Isyarat Turut Berdepan Saman RM2,000

Kantoi Guna Nombor Plat ‘Fancy’ Semasa Pergi Kerja, Polis Saman Polis

Sekadar Mahu Minum Air, Pemilik Kedai Di Johor Ini Dikompaun Sewaktu Ketiadaan Pelanggan

Sumber