Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sejak pandemik COVID-19 menyerang dunia, dapat dilihat orang ramai nampaknya terkesan dengan wabak yang melanda baik dari segi kesihatan mahupun ekonomi di mana sejumlah sejumlah besar individu dalam dan luar negara kehilangan kerja.

Di sebalik orang ramai bekerja keras untuk meneruskan hidup di waktu yang mencabar ini, muncul pula sebuah perkongsian di Facebook RicebowlMY baru-baru ini memaklumkan beliau yang kini berusia 27 tahun dan menerima gaji RM5,500 sebulan mahu berhenti kerja hanya kerana sudah bosan dan tidak gembira di tempat kerja.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →
Employee Burnout Stress Stats

Sumber: Grokker

Menurut perkongsian lelaki ini, beliau mulai bekerja sebagai pembantu IT dalam bahagian perkhidmatan pelanggan sejak empat tahun lalu. Walau bagaimanapun, beliau kini sudah mulai bosan dengan rutin serta merasakan tiada peningkatan potensi kerja yang beliau peroleh menerusi tempat kerja berkenaan meskipun menerima gaji yang memuaskan.

Perkongsian beliau nyata menerima pelbagai reaksi di kalangan netizen melihatkan jumlah gaji yang diterima setiap bulan melebihi purata gaji mereka yang seusia dengannya.

Screen Shot 2021-01-29 at 1.01.23 PM

Screen Shot 2021-01-29 at 1.08.04 PM

Screen Shot 2021-01-29 at 1.02.05 PM

Screen Shot 2021-01-29 at 1.01.49 PM

Menerusi komen yang dilontarkan netizen, rata-ratanya menyarankan agar beliau kekal dengan kerja sedia ada melihatkan ekonomi ketika ini yang kurang stabil. Tidak kurang juga yang meyarankan agar beliau mencari kerja yang membuatkan beliau lebih gembira meskipun ditawarkan dengan gaji yang lebih rendah.

Memilki sijil Diploma dan memperoleh gaji RM5,500 sememangnya boleh dikatakan agak tinggi ketika ini. Namun adakah kegembiraan di tempat kerja yang menjadi keutamaan atau gaji yang lebih tinggi yang menjadi keperluan ketika ini? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Ikuti juga kisah pelajar ini yang kecewa dilabel terlalu manja selepas diberikan Toyota Camry dan sebuah kondominium oleh ibu bapanya untuk memudahkan beliau ke kampus ini.

Diberikan Toyota Camry Untuk Ke Universiti, Pelajar Ini Luah Kekecewaan Dilabel Terlalu Manja

Netizen Berang, Pelajar Universiti Di Subang Jaya Mengadu Elaun Bulanan RM2,000 Tidak Cukup

Anda Mungkin Suka