Sudah menjadi tanggungjawab buat setiap pemandu jalan raya untuk memandu secara berhemah. Selain itu, bertimbang rasa dan berbudi antara nilai yang perlu diterapkan tanpa mengira tempat.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila Twitter @Asyrafrosli_ mengongsikan tindakan seorang wanita yang dilihat penuh berang dan selamba menunjukkan jari tengah kepada seorang pemandu yang memberi laluan untuk kereta Proton Preve beliau keluar ke jalan raya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lebih mengejutkan pelbagai pihak, wanita ini bukan sahaja tidak menunjukkan tanda berterima kasih berikutan memberikan beliau laluan, sebaliknya menunjukkan jari tengah berkali-kali.

Tidankan aneh wanita ini sekaligus telah mendapat perhatian para netizen yang tampil mempersoal apa yang dilakukan. Tidak kurang juga yang berpendapat pemandu yang memberi laluan ini juga salah kerana meluru laju sebelum berhenti memberi laluan.

Sumber: Instagram Vocket Car Club
Sumber: Instagram Vocket Car Club
Sumber: Instagram Vocket Car Club

Tindakan kasar yang dilakukan diharapakan tidak menjadi ikutan para pemandu lain. Malah, tidak mustahil akan menimbulkan lebih banyak masalah sekiranya berdepan dengan golongan pemandu yang panas baran.