Baru-baru ini tular perkongsian video reaksi dua orang kanak-kanak yang kelihatan seperti mengucapkan terima kasih selepas menerima makanan KFC ketika bersama adiknya di kaki lima restoran.

Kejadian berkenaan yang dirakam Samuel Lee Wui Phung mula dikongsikan di Facebook dan membuatkan netizen turut berasa sayu melihat perkongsian berkenaan terutama selepas melihat reaksi kanak-kanak lelaki berkenaan di penghujung video.

“Tidak mampu untuk berkata apa-apa (speechless) bila melihat reaksi daripada kanak-kanak kurang bernasib baik ini.

Coronavirus please go away! (semoga COVID-19 cepat berlalu), orang ramai sedang menderita,” kongsi Samuel di hantaran berkenaan.

2
Reaksi kanak-kanak berkenaan selepas menerima KFC

Bercerita lebih lanjut mengenai kejadian berkenaan, Samuel memberitahu beliau pada mulanya memberikan wang kepada kedua-dua kanak berkenaan sebelum memutuskan untuk membelikan mereka makanan.

Ia selepas beliau tidak dapat menahan kesedihan selepas melihat kedua-keduanya mula mengira duit yang diberikannya. (Berkemungkinan mereka sedang membuat kira-kira untuk membeli set makanan KFC)

“Mulanya saya memberi wang kepada mereka tetapi selepas melihat mereka mula mengira duit, mata basah (tidak tahan sedih).

“Kemudian (saya minta) teman wanita saya tapao (bungkus) dan berikan mereka satu set KFC,” kongsinya lagi.

Turut rasa kesedihan

Perkongsian berkenaan bukan sahaja membuatkan Samuel sahaja menitiskan air mata malah rata-rata netizen yang meninggalkan komen di hantaran berkenaan juga turut berkongsikan perkara sama.

Bukan sahaja dapat merasakan apa yang dilaluinya ketika menghulurkan bantuan itu, namun netizen juga berkata mereka seakan boleh merasai apa yang kanak-kanak berkenaan lalui selepas melihat reaksinya mengangkat thumbs up (ibu jari) di penghujung video.

“Tuhan rahmati kamu Samuel Lee Wui Phung, ini betul-betul membuatkan saya menitiskan air mata.

“Saya faham apa yang dilalui mereka, saya dulu juga pernah berasa kosong dan tidak punya apa-apa, saya tahu apa mereka rasa,” kongsi netizen.

Walaupun nilai set KFC yang diberikan itu tidak seberapa buat sesetengah orang, namun ianya sangat bermakna buat kedua-dua kanak-kanak berkenaan.

Malah netizen juga berkata ada ketikanya mereka sendiri tidak mampu untuk melakukan seperti yang dibuat Samuel dan teman wanitanya.

“Terbaik bossku, kadang-kadang saya pun tak mampu nak buat macam ini, tuhan rahmati kamu.

“Terbaik boss Sam, ianya hanya beberapa ringgit untuk kita membeli KFC tetapi ianya sangat bermakna buat mereka,” komen netizen di video berkenaan.

Baca juga perkongsian kami sebelum ini mengenai sukarelawan ini yang membantu komuniti Bajau Laut di Semporna, Sabah melalui pautan di bawah. 

‘Rumpai RM50 Tapi Beli RM10’- Sukarelawan Kongsi Komuniti Bajau Laut Ditipu Hanya Kerana Tidak Pandai Mengira

‘Pak Cik Ladja’ Jadi Penyelamat, Kejar Polis Minta Bantuan Makanan Untuk Seluruh Kampung

Konsep Sedekah Alaf Baru, Netizen Kagum Lihat Cara Sedekah Pelanggan Ini Kepada ‘Rider’ GrabFood

Sumber