Ramai yang merantau ke negara lain untuk mencari peluang lebih baik dan tidak semua orang bernasib baik mendapat majikan yang baik.

Terbaharu, perkongsian pengguna Facebook Ahmad Sufi meraih perhatian apabila Sufi berkongsi satu hantaran sebagai tanda penghargaan kepada seorang pekerja Bangladesh yang bakal pulang ke kampung halaman selepas berkhidmat selama 16 tahun.

Menurut Sufi, permit pekerja Bangladesh itu tidak boleh disambung lagi atas faktor umur selepas permit kerja tamat pada 14 Januari lalu. Sufi berterima kasih kepada pekerja bangladesh tersebut yang banyak membantunya dalam bidang ubah suai rumah dan pembinaan.

Banyak ilmu yang dikongsi oleh pekerja Bangladesh itu dan Sufi berjanji akan menyampaikan ilmu tersebut kepada orang lain juga. Difahamkan, pekerjanya itu menghantar kesemua gaji yang diterimanya ke kampung dan kini anaknya sudah menjadi seorang guru di Bangladesh berkat kerja kerasnya.

Perkongsian Sufi mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen dapat merasakan kesedihan yang dialami oleh Sufi terpaksa berpisah dengan seseorang. Malah, memori bersama pasti akan dikenang selepas tidak dapat berjumpa.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut memuji Sufi kerana menghargai pekerjanya seperti rakannya. Malah, perkongsiannya berjaya membuka mata netizen bahawa nilai persahabatan itu tidak akan boleh diganti dengan apa-apa sekalipun di dunia ini.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Jenama Malaysia Carsome Sahkan Terima Dana RM1.22 Bilion

Bantu ‘Stranger’ Ikat Tali Leher, Layanan Persis Anak Sendiri Bikin Netizen Terharu

‘Bukan Untuk Ubat Tapi Dadah’- Ini Respon Datuk Remaja Yang Dimandi Macam Jenazah