Kabinet Malaysia atau Jemaah Menteri adalah sekumpulan individu yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hal ehwal negara. Badan eksekutif kerajaan Malaysia ini diketuai oleh Perdana Menteri.

Di Malaysia, Jemaah Menteri terdiri daripada mereka yang mewakili parti yang mendapat majoriti dalam Parlimen. Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk mencalonkan sesiapa sahaja kepada YDPA untuk menyertai kabinet.  Biasanya seseorang yang dilantik menganggotai jemaah menteri merupakan penyokong kerajaan pemerintah.

KABINET-MALAYSIA-2020

Namun, apa yang uniknya Kabinet kerajaan di bawah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kali ini adalah kehadiran empat menteri kanan yang menggantikan fungsi Timbalan Perdana Menteri.

Empat menteri kanan ini bertanggungjawab membantu Perdana Menteri menyelaras hal ehwal Kabinet berkaitan bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial.

Tetapi tahukah anda berapakah pendapatan bulanan yang diperolehi oleh Jemaah Menteri bagi tahun 2020? Buat anda yang mencari jawapan, anda boleh terus ke laman web SPRM untuk mengetahui lebih lanjut.

Screenshot 2020-10-06 at 10.40.57 AM
Laman sesawang SPRM

Di sana, anda akan disediakan dengan maklumat terperinci mengenai gaji Jemaah Menteri. Selain itu, anda juga akan mengetahui nilai aset yang dipegang oleh menteri-menteri di Malaysia.

Berikut adalah 10 jumlah pendapatan bulanan menteri di Malaysia, bermula dari yang tertinggi hinggalah yang terendah :

  1. Yb Datuk Seri Saravanan A/L Murugan (Menteri Di Kementerian Sumber Manusia) : RM 143,628.55
  2. Yab Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin (Perdana Menteri Di Jabatan Perdana Menteri) : RM 104,841.65
  3. Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Haji Shukri (Menteri Di Kementerian Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan) : RM 79,347.83
  4. Yb Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker (Timbalan Menteri Di Kementerian Perpaduan Negara) : RM 74,547.65
  5. Yb Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan (Timbalan Menteri Di Kementerian Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan) : RM 72,662.89
  6. Yb Dato’ Sri Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz (Timbalan Menteri Di Kementerian Pertahanan) : RM 71,681.65
  7. Yb Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Bin Aman Razali (Menteri Di Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi) : RM 71,505.26
  8. Yb Dato’ Sri Mustapa Bin Mohamed (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri) : RM 69,427.20
  9. Yb Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali (Menteri Kanan Di Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri) : RM 69,186.48
  10. Yb Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique (Menteri Di Kementerian Perpaduan Negara) : RM 68,712.13

Untuk mengetahu lebih lanjut, klik pautan di bawah.

Tan Sri Muhyiddin Yassin Umum Senarai Penuh Menteri Kabinet Baharu Malaysia

3 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Menteri Kewangan Terbaharu Malaysia

Pendapatan CEO Dan Pegawai Tertinggi Bank Di Malaysia Yang Ramai Tidak Tahu