Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Umum mengetahui, pelaburan tukaran mata wang asing atau forex disahkan haram kerana ia mengandungi unsur-unsur riba.

Terbaharu, Zizan Razak mengumumkan bahawa tidak lagi akan melibatkan diri dalam bidang pelaburan Forex. Walau bagaimanapun, Zizan tidak berkongsikan sebab utama keputusan tersebut diambil.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai dan rata-rata netizen menyambut baik keputusan Zizan itu. Malah, para netizen memujinya kerana memilih untuk mendapatkan sumber rezeki yang ‘bersih’.

Tidak hanya itu, rata-rata netizen mengatakan ini sewajarnya dilakukan oleh Zizan untuk menjadi tauladan kepada anak muda agar tidak berkecimpung dalam bidang pelaburan Forex.

Para netizen turut mendoakan agar segala urusan Zizan dipermudahkan dan dimurahkan rezeki yang halal serta berkat. Ada juga netizen yang mahu mengetahui sebab Zizan mengambil keputusan tersebut.

Sementara itu, tahukah anda bahawa ‘sifu trading’ kantoi guna jet peribadi mewah milik orang lain untuk promosi bisnes? Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

‘Sifu Trading’ Kantoi Guna Jet Peribadi Mewah Milik Orang Lain Untuk Promosi Bisnes

Kereta Dan Jam Tangan Mewah Milik ‘Datuk Seri’ Dirampas, Didakwa Terlibat Sindiket Penipuan Forex