Sebut mengenai pereka fesyen terkenal negara, pastinya Rico Rinaldi antara yang berada dalam senarai. Berjaya menjadi individu yang bertanggungjawab menghasilkan busana buat beberapa artis termasuk majlis perkahwinan Mira Filzah antara yang membuatkan beliau dikenali ramai.

Di sebalik memiliki jumlah pelanggan yang ramai serta besedia berbelanja besar dalam mendapatkan busana untuk majlis nikah dan perkahwinan, Rico Rinaldi baru-baru ini mencipta kejutan apabila mahu menawarkan sesuatu yang berbeza daripada penawaran fesyen yang direka sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan semuanya bermula apabila beliau menerima penjelasan daripada Ustazah Asma’ Harun di mana beliau memilih untuk melakukan ‘hijrah kecil’ dalam menawarkan tempahan baju yang lebih sopan seperti tiadanya bareback, slit dan juga lace yang jarang pada bahagian tangan.

Lebih mengejutkan ramai, ‘hijrah kecil’ yang dilakukan nyata memberi kesan kepada perniagaan beliau apabila hampir 10 pelanggan yang menempah baju sekitar RM3,000 – RM5,000 memilih untuk membatalkan tempahan berikutan polisi terbaru bisnes beliau.

Menurutnya, meskipun wang yang diraih mungkin lebih rendah, namun keutamaan yang dicari dalam meneruskan kehidupan adalah rezeki yang berkat. Beliau juga turut menjelaskan tidak lagi mahu bersubahat dalam menghasilkan baju-baju seksi buat pelanggan meskipun sudah dimaklumkan pada awalnya.

‘Hijrah kecil’ yang dilakukan nyata menyentuh perasaan para netizen yang menyokong penuh tindakan beliau. Malah, perkongsian beliau di Facebook turut mendapat respon daripada Ustazah Asma’ Harun sendiri.

Sumber: facebook rico rinaldi
Sumber: facebook rico rinaldi

Sehubungan dengan itu, Rico Rinaldi mengharapkan agar orang ramai mendoakan dan menyokong beliau untuk terus konsisten dalam menghasilkan busana yang lebih sopan buat para pelanggan. Beliau akui sedang cuba belajar dan mengajar pelanggan dalam hal ini serta mendoakan agar orang ramai berpeluang ke Syurga kelak.

Tular pada minggu ini serta menjadi tarikan netizen apabila jemaah Indonesia dilihat berdandan sakan sewaktu pulang daripada menunaikan Haji.

‘Ingatkan Pergi Fashion Show’ – Netizen Pelik Lihat Jemaah Indonesia Berdandan Ketika Pulang Tunai Haji

Saji Makanan ‘Perisa Najis Tikus’, Restoran Terkenal Di Pulau Pinang Diarah Tutup