Jam pintar seperti Apple Watch sering dikaitkan kecekapan menjejak kesihatan seseorang dan menerima notifikasi mesej sahaja. Namun siapa sangka Apple Watch sekali lagi berjaya menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak dengan kecerdasan penjejak yang terbina padanya.

Terbaharu, dengan bantuan pemberitahuan kadar degupan jantung pada Apple Watch mampu menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dengan mengesan kanser pada dirinya. Dengan pemberitahuan awal ini, mereka dapat melakukan rawatan kanser pada peringkat awal.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Hour Detroit

Menerusi laporan Hour Detroit, Jessica Kitchen telah menyedari bunyi bip berterusan daripada Apple Watch anak perempuannya, Imani Mile yang berusia 12 tahun. Dalam masa yang sama, ia memaparkan kadar degupan yang luar biasa tinggi di mana tidak pernah berlaku sebelum ini.

Risau akan insiden itu, Kitchen lantas membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Pada mulanya disangka hanya apendiks, namun selepas pemeriksaan terperinci telah mendapati masalah sebenar adalah tumor dan kanser yang sedang merebak ke bahagian badan yang lain.

Sumber Gambar:Vox

Tanpa berlengah lagi, Imani terpaksa menjalani pembedahan semula untuk membuang kanser tersebut dan semuanya berjalan lancar. João Bocas, selaku influencer kesihatan digital menyatakan jam pintar memainkan peranan penting dalam menyokong orang ramai membina tingkah laku kesihatan yang lebih baik.

Sumber