Tular di media sosial sejak Jumaat lalu apabila terdapat seorang wanita iaitu Elise Joseph yang mendakwa ditipu Lenovo Malaysia setelah komputer Lenovo all-in-one beliau rosak kurang daripada tempoh 30 hari selepas pembelian.

Isu menjadi lebih panas apabila komputer yang dibeli beliau format dengan sendirinya selepas beliau membuat aduan kepada PDRM dan KPDNHEP. Perkongsian beliau nyata membuka mata orang ramai sekaligus membuatkan orang tertanya-tanya tindakan Lenovo Malaysia mengenai isu yang berlaku.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut perkongsian Elise Joseph selaku mangsa, semuanya bermula apabila beliau mendapatkan PC all-in-one di Wangsa Walk Mall menerusi pengedar sah Lenovo Malaysia. Segalanya menjadi masalah apabila komputer tersebut mengalami kerosakan melibatkan motherboard kurang sebulan selepas memilikinya.

Beliau kemudiannya telah memaklumkan kepada pihak Lenovo Malaysia mengenai isu yang berlaku. Walau bagaimanapun, beliau nampaknya terpaksa akur dengan cadangan pihak Lenovo untuk menunggu dalam tempoh yang panjang sementara menantikan penggantian motherboard yang ditempah dari Singapura.

Keadaan menjadi kurang enak buat Elise setelah beliau mendapati komputer yang dibelinya sudah terlebih dahulu diaktifkan waranti sekaligus beliau mengesyaki Lenovo Malaysia menawarkan produk refurbish buat para pengguna.

A70z_03-1
Contoh gambar Lenovo all-in-one

Menurut Elise, beliau sempat menyimpan bukti gambar atau screenshot dimana waranti komputer yang dibeli beliau telah diaktifkan waranti sebelum pihak Lenovo Malaysia padam dan menukar info waranti.

Bengang dengan servis serta produk yang ditawarkan Lenovo Malaysia, beliau mahu Lenovo Malaysia menawarkan servis one to one replacement atau pulangkan semula wang yang dibelanjakannya.

Beliau yang berusaha untuk mendapatkan respon daripada bahagian khidmat pelanggan Lenovo Malaysia juga tidak menerima maklum balas seperti yang diharapkan. Malah, beliau seolah diminta untuk akur dengan penerimaan produk yang dibeli.

Setelah lama menanti, akhirnya beliau telah menerima penggantian motherboard kepada komputer all-in-one beliau meskipun beliau mengharapkan servis one to one replacement. Dalam pada itu, komputer beliau dikatakan masih lagi perlahan dan lembap selepas penggantian dibuat.

Kemuncak kepada isu ini terjadi apabila komputer beliau didapati format dengan sendirinya sekaligus membuatkan data yang dimiliki beliau hilang selepas beliau membuat aduan kepada pihak PDRM dan KPDNHEP.

Beliau juga turut menerima panggilan daripada pihak Lenovo Malaysia memaklumkan produk yang dibeli beliau bukanlah refurbish seperti yang beliau dakwa sebelum ini. Lebih ironi, pihak Lenovo Malaysia juga memaklumkan kepada beliau sejam selepas aduan kepada pihak PDRM dan KPDNHEP dijalankan.

Setakat ini, beliau masih lagi menantikan siasatan daripada pihak PDRM dan KPDNHEP mengenai isu yang berlaku. Isu yang dikongsikan ini nyata mengundang kepada pelbagai komen dan persoalan daripada para netizen. Rata-ratanya menyokong tindakan wanita ini untuk memastikan hak pengguna terbela.

Menerusi kenyataan terbaru daripada pihak Lenovo Malaysia, pihak mereka sentiasa mementingkan kepuasan pelanggan pada setiap produk yang ditawarkan. Pihak Lenovo Malaysia kini sedang mengkaji punca kepada permasalahan dan sedang berkomunikasi bersama pihak pelanggan.

MCMC dilaporkan sedia menyiasat TM selepas menurunkan kelajuan internet tanpa pemberitahuan pengguna.

Akibat Kurangkan Kelajuan Internet Tanpa Pemberitahuan Pengguna, MCMC Sedia Siasat TM

GoPro HERO 9 Black Dengan Sokongan Rakaman 5K Dilancarkan Dengan Harga RM2,099