Penyedia perkhidmatan Telegram boleh dikatakan tindakan sekiranya terus mengabaikan jemputan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk berbincang dan mencari penyelesaian berhubung sejumlah aduan yang diterima.

Menurut YB Fahmi Fadzil,pihak KKD telah menerima pelbagai aduan mengenai perkhidmatan yang disediakan  platform berkenaan. Antara aduan yang diterima termasuk keselamatan awam, aktiviti jualan bahan terlarang, scammer dan pornografi.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Fintech News Malaysia

Difahamkan pihak Telegram enggan beri kerjasama sehingga kini meskipun telah dijemput untuk bertemu sejak Januari lepas.

Susulan itu, YB Fahmi telah meminta dan menyerahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk meneliti tindakan yang wajar diambil.

Sumber