Ketua Pengarah Kesihatan Negara, Datuk Dr Noor Hisham dilaporkan memegang gelaran Tan Sri selepas tersenarai sebagai salah seorang penerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM).

Penganugerahan itu difahamkan dikurniakan bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Berita Harian, Dr Noor Hisham merupakan salah seorang daripada 12 penerima PSM yag membawa gelaran Tan Sri yang akan menerima darjah kebesaran masing-masing dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (hari pertama) yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya.

Selain Dr Noor Hisham, istiadat yang berlangsung hari ini juga turut menyenaraikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Dr Arshad Ayub sebagai penerima darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran ‘Tun’.

Selain PSM, isitiadat kali ini turut menyenaraikan empat lagi tokoh utama yang menerima darjah kebesaran Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’.

Tokoh-tokoh tersebut adalah Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Baca juga perkongsian lain kami mengenai Dr Noor Hisham sebelum ini di pautan di bawah. 

Belajar Di Kolej Agama, Dr Noor Hisham Kongsi Pernah Terfikir Untuk Menjadi Mufti

Sebagai Tanda Terima Kasih, Shuib Mahu Taja Dr Noor Hisham Melancong Dalam Negara

 

Sumber