Bermula dengan perkongsian resipi masakan di YouTube sebelum ini, S Pavithra kini mengecapi satu lagi kejayaan apabila terpilih sebagai salah seorang Ikon Anak Bandar Raya Ipoh Tahun 2020 oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Datuk Bandar Ipoh, Rumaizi Baharin dalam satu sidang media yang berlangsung pada semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Paling menarik, pengiktirafan itu difahamkan adalah sama seperti yang pernah diberikan kepada pelakon antarabangsa kelahiran Ipoh Michelle Yeoh sebelum ini.

mioc
MICHELLE YEOH, FOTO: THE SUN DAILY

“Setiap anak bandar raya Ipoh kita akan bagi pengiktirafan seperti Michelle Yeoh sebelum ini.

“MBI ikhlas memberikan pengiktirafan ini kepada Pavithra kerana berjaya dikenali ramai dan resepi masakan mereka menjadi ikutan ramai ketika ini,” katanya.

Pengiktirafan tersebut katanya diberikan kepada anak kelahiran Ipoh yang mendapat pengiktirafan dan banyak memberikan sumbangan sebelum ini.

Mengulas mengenai pemilihan Pavithra, Rumaizi berkata beliau dipilih kerana mereka berjaya menarik perhatian masyarakat dan juga perdana menteri sebelum ini dengan video-video masakan yang dihasilkan mereka sebelum ini.

S Pavithra bersama suami dan Datuk Bandar ketika pengumuman dibuat

S Pavithra bagaimanapun tidak menjadi satu-satunya individu yang menerima anugerah tersebut untuk tahun ini dengan 100 lagi individu dijangka akan turut menerima pengiktirafan daripada MBI itu.

Untuk peringkat permulaan bagaimanapun hanya sepuluh individu sahaja dipilih dan S Pavithra adalah merupakan salah seorang darinya manakala mereka yang lain pula akan diumumkan secara berperingkat.

Pasangan suami isteri S Pavithra dan M Sugu sebelum ini berjaya mencipta fenomena dengan video masakan mereka. Baca perkongsian kami di pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai mereka.

Hanya Rakam Menggunakan Telefon, ‘Channel’ YouTube Masakan Wanita Ini Kini Dibayar Google

Tampil Seperti Model Dan Nafi Beli Rumah Baru, Ini Perkembangan Terbaru ‘Sugu Pavithra’

‘Sugu Pavithra’ Terima Anugerah Daripada YouTube, Disambut Meriah Bersama Keluarga