Adakah anda pernah berdepan dengan pengalaman mistik? Jika anda tidak pernah berdepan pengalaman mistik, mesti anda pernah mendengar atau membaca pengalaman orang lain, bukan?

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Ahsan Ismail telah berkongsi pengalaman ‘berharga’ yang dialaminya semalam ketika dia menghantar penumpang ke destinasi yang dituju.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi perkongsiannya, dia yang bekerja sebagai pemandu e-hailing telah menghantar seorang penumpang ke destinasi dituju dan apabila sampai ke destinasi, dia berasa terkejut apabila penumpang tersebut sudah tiada di belakang.

Bukan itu sahaja, penumpang tersebut juga meninggalkan duit ringgit lama dan destinasi tersebut adalah di kawasan perkuburan. Menurutnya, sepanjang perjalanan wanita itu hanya diam dan juga berkata ‘ya’ sahaja serta baunya cukup wangi.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut dengan ‘pengalaman berharga’ yang dikongsikan oleh lelaki tersebut.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen menasihati agar lelaki itu bawa kereta bersiar-siar dahulu sebelum pulang ke rumah dan juga membasuh kakinya apabila pulang ke rumah. Segelintir netizen mengatakan ia mungkin taktik ‘marketing’.