Pelakon yang sedang meningkat naik, Kim Seon Ho terpalit kontroversi apabila seorang wanita dikenali sebagai ‘A’ memuat naik perkongsian menuduh seorang pelakon lelaki dikenali ‘K’ adalah talam dua muka dan buruk perangai. ‘A’ mendakwa bahawa beliau pernah hamil hasil hubungan dengan pelakon terbabit namun dipaksa menggugurkan kandungannya.

Malah, ‘K’ juga berjanji mahu mengahwininya namun ia sekadar janji palsu. Terbaharu, bekas kekasih Kim Seon Ho iaitu ‘A’ telah memuat naik catatan baru di Nate Pann dimana berlaku salah faham antara mereka dan beliau telah menerima permintaan maaf daripada Kim Seon Ho.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan, ‘A’ cuba untuk membersihkan akibat yang timbul dari pendedahannya sebelum ini dan tidak mahu maklumat tidak benar dihebahkan. Bukan itu sahaja, ‘A’ turut berasa kasihan kerjaya Kim Seon Ho jatuh begitu sahaja dan menyebabkan banyak kerugian kepada ramai pihak.

Sebelum ini, Kim Seon Ho telah mengeluarkan permohonan maaf rasmi terhadap bekas kekasihnya ‘A’, setelah terpalit dengan tuduhan kontroversi yang berkaitan dengan kehidupan peribadinya. Malah, Kim Seon Ho dengan rasa rendah diri turut meminta maaf kepada pihak produksi yang terkena tempias isu ini.

Pihak agensinya, Salt Entertainment juga telah meminta maaf susulan skandal itu. Lantaran kontroversi tersebut, Kim Seon Ho telah dikeluarkan dari rancangan realiti 2 Days 1 Night dan 3 filemnya akan datang serta iklan-iklannya telah dipadamkan pihak pengiklan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Kim Seon Ho pada pautan di bawah ini.

Jadi Kegilaan Ramai Selepas Start-Up, Ini Senarai Drama Untuk Anda ‘Marathon’ Lakonan Kim Seon Ho

Pelakon Popular Kim Seon Ho Dan Shin Min Ah Bakal Digandingkan Dalam Drama Mr. Hong