Drama bersiri Gerak Khas yang ditayangkan di kaca TV telah menemani masa terluang kita bersama keluarga selama dua dekad. Dari RTM dan kini ditayangkan di TV3, drama siri Gerak Khas mempunyai peminatnya tersendiri.

Menurut penerbit dan pengarah prolofik, Datuk Yusof Haslam telah mengesahkan Gerak Khas The Finale ini adalah siri terakhir bagi drama bersiri kepolisan. Malah, bukan hanya drama bersiri tetapi tidak ada filem Gerak Khas yang akan diterbitkan selepas ini.

Tidak mengulas lanjut sebab beralih penyiaran ke TV3, Datuk Yusof Haslam mengucapkan terima kasih atas sokongan peminat akan siri Gerak Khas tersebut dan berasa terharu apabila drama berkenaan ‘trending’ di media sosial pada minggu pertama ditayangkan.

Untuk pengetahuan anda, Gerak Khas The Finale ini hanya memiliki 28 episod dan ditayangka setiap hari Jumaat dan Sabtu pada jam 10.30 malam. Sama-sama kita menonton drama siri akhir ini sebelum ia melabuhkan tirainya.

Kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Gerak Khas The Finale pada pautan di bawah ini.

Selepas 20 Tahun Bersiaran Di RTM, Netizen Terkejut Siri Akhir Gerak Khas Bakal Ditayangkan Di TV3

Bakal Pencen Tidak Lama Lagi, ‘Detektif Lingam’ Kini Buka Dapur Gerak Khas

Pelakon Gerak Khas Pula Ditahan Bantu Siasatan Kes Songlap Duit A. Aida

 

Sumber