Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Aliff Syukri telah berkongsi sebuah video di media sosial miliknya dimana menunjukkan dirinya bergaduh di set penggambaran dalam satu rancangan TV terkemuka di Malaysia.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat Aliff Syukri menzahirkan rasa tidak puas hati dan marah pada AC Mizal dan krew penggambaran. Menurut Aliff, dirinya menerima soalan yang tidak munasabah justeru membuatkan beliau berasa tersinggung sehingga bertindak seperti itu.

Tanya soalan tu jangan biadap ..sabar saya ada limit 😡😡😡 yg penting lagu sy #lalaraya trending no1 selama seminggu view 2juta..

Posted by Aliff Syukri Terlajak Laris on Wednesday, May 12, 2021

Video tersebut mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen berasa kasihan dengan Aliff Syukri serta meminta dirinya untuk bersabar. Malah, para netizen turut tertanya-tanya akan situasi sebenar yang mengakibatkan pergaduhan tersebut tercetus.

photo_2021-05-13_08-57-35

photo_2021-05-13_08-57-42

photo_2021-05-13_08-57-45

Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan bahawa pergaduhan tersebut hanyalah ‘prank’ dan ada yang mendakwa ia hanyalah lakonan semata-mata. Malah, segelintir netizen turut mengatakan video itu adalah taktik ‘marketing’ bagi meningkatkan nama Aliff Syukri.

Untuk pengetahuan anda, Aliff Syukri baru sahaja tampil dengan lagu raya dan meraih sebanyak 1.4 juta tontonan dalam tempoh kurang seminggu.

Tahukah anda, Aliff Syukri tidak kisah dikecam dan bangga lagunya ‘trending’ nombor 1 di YouTube? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Tidak Peduli Dikecam, Aliff Syukri Bangga Lagu Rayanya ‘Trending’ Nombor 1 Di YouTube

Lagu ‘Bobo Di Mana’ Tersenarai Sebagai Lagu Paling Trending Di Google Malaysia

Anda Mungkin Suka