Kecoh sejak beberapa tahun terakhir ini apabila dimaklumkan terdapat pihak mahu mendapatkan tanah Kampung Baru dalam membangunkan sebuah projek terbaru untuk kemudahan orang ramai.

Projek tersebut walau bagaimanapun telah mendapat tentangan pelbagai pihak termasuk penduduk Kampung Baru dan juga netizen yang membincangkan keperluan membangunkan lokasi berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, siapa sangka projek yang penuh kontroversi ini dilaporkan bakal diteruskan dengan nilai projek mencecah RM1.2 bilion. Menerusi laporan FMT, projek pembangunan semula Flat PKNS Jalan Tun Razak bakal diteruskan setelah majoriti penduduk memberi ‘lampu hijau’ terhadap pelan berkenaan.

Sumber: Berita Harian

Dilaporkan pelan bernilai RM1.2 bilion ini bakal dijayakan oleh Menara Rezeki Sdn Bhd dengan kerjasama Jiankun International Bhd di mana projek ini akan dikemukan kepada kerajaan tempatan tidak lama lagi.

Mengikut syarat yang dicapai Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB), pihak mereka perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 50% persetujuan pemilik tanah dalam membolehkan proses pengambilan tanah dilaksanakan. Sehingga kini, seramai 80% penduduk telah bersetuju dengan pelan yang bakal dijayakan.

Difahamakn projek pembangunan semula Flat PKNS Jalan Tun Razak bakal dilangsungkan dalam tempoh 4 tahun dari sekarang dan merangkumi pembangunan pangsapuri 52 tingkat buat penduduk flat PKNS dan juga tiga unit tambahan yang merangkumi tempat tinggal dan pusat membeli belah.

Tular pada hari ini apabila kereta pengiring VIP dilaporkan menjadi ‘punca’ jalan sesak sekaligus mengundang kemarahan pengguna jalan raya.

Jadi ‘Punca’ Jalan Sesak, Kereta Pengiring VIP Kena Hon Dengan Pengguna Jalan Raya

Marah Disaman Tiada Lesen, Pemandu Langgar Kereta JPJ Guna Jengkaut Ditahan Polis

Sumber