Baru-baru ini kecoh di media sosial akan sedih seorang wanita yang minta sedekah di Giant Batu Caves. Kisah wanita tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang ketika ini sudah dipadam perkongsiannya.

Menerusi perkongsian tersebut, wanita tersebut dikatakan meminta sedekah kerana keluarganya kehilangan sumber pendapatan disebabkan suami diberhentikan kerja dan juga bilik yang disewa tertunggak bayaran beberapa bulan.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

Screenshot 2020-11-05 at 9.24.12 AM

Pengguna Twitter yang bersimpati dengan nasib wanita itu sekeluarga dan mahu membantu meringankan beban mereka sekeluarga. Lantaran itu, pengguna Twitter tersebut meminta sumbangan menerusi Twitter dan agak mengejutkan kerana menerima sumbangan yang banyak daripada rakyat Malaysia.

Betullah rakyat Malaysia memang pemurah kerana dalam masa 24 jam berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM63,000. Tidak lama selepas itu, ada yang mendedahkan bahawa wanita itu sebenarnya ‘scammer’ dan tinggal di hotel bersama keluarganya.

Oleh itu, kes tersebut telah mendapat perhatian seorang guru yang aktif menguruskan Pertubuhan Kebajikan Dana Kita, Mohd Fadli Salleh. Menerusi hasil siasatan dan pertemuan beliau bersama Makcik Maznah yang viral itu, beliau mengatakan bahawa memang benar wanita tersebut hidup susah selepas suami berhenti kerja sebagai tukang masak pada tahun 2014.

Okey semua. Dah jumpa Mak Cik Maznah yang viral ni. Aku tulis fakta padat terus la senang.1. Mak cik ni susah sejak…

Posted by Mohd Fadli Salleh on Wednesday, November 4, 2020

Tidak hanya itu, mereka sekeluarga dihalau keluar rumah dan mula menyewa bilik serta anaknya juga berhenti belajar. Malah, suaminya juga kadangkala kerja kadang tidak disebabkan masalah kesihatan.

Difahamkan makcik Maznah pernah menerima bantuan Baitulmal pada tahun 2015 hingga 2016 tetapi mula berhenti minta bantuan sebab tidak mahu jadi golongan asnaf dan bergantung pada zakat orang ramai. Lalu, makcik Maznah yang juga OKU ini mula menjadi ‘pengemis’.

Maka, Fadli telah menasihatkan makcik Maznah untuk menggunakan wang yang diterima sebaiknya dengan menyewa tempat tinggal dan menyekolahkan semula anaknya. Wang kiriman orang ramai yang diterima gadis Twitter itu diserahkan pada pusat zakat dengan izin makcik Maznah.

Untuk anda di luar sana, sebelum memberi sedekah siasatlah dahulu sama ada perkara tersebut benar atau tidak. Semoga apa yang terjadi ini menjadi pengajaran untuk semua.

Sementara itu, kami kongsikan artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Gagal Dalam Perniagaan, Kehidupan Jutawan Ini Bertukar Jadi Orang Susah Sekelip Mata

Ribuan Pekerja Bangladesh Tunjuk Perasaan Di Dhaka, Desak Mahu Pulang Ke Malaysia

Lengkap Berpakaian Seragam, Juruterbang Ini Buka Gerai Di Subang Demi Mahu Cari Rezeki

Anda Mungkin Suka