Sony Malaysia pada minggu lalu telah mengumukan harga konsol generasi terbaru mereka serta turut membuka tempahan buat para peminat untuk menjadi yang terawal di Malaysia memiliki konsol idaman ramai ini.

Malangnya, tempahan yang dibuka pada 12 November lalu laris ditempah seminit selepas tempahan dibuka membuatkan sejumlah besar peminat dan gamer kecewa. Tempahan yang dibuat ini dijangka bakal mulai diterima pengguna seawal 11 Disember 2020.

Namun lain ceritanya apabila konsol yang dijangka bakal memasuki pasaran Malaysia seawal bulan hadapan sudah berjaya dimiliki Tunku Mahkota Johor (TMJ) sekaligus menjadikan beliau individu terawal di Malaysia memilikinya. Kegembiraan beliau turut di kongsi di laman Instagram beliau sekaligus membuatkan para netizen teruja.

tmj1
Sumber: Instagram HRHCrownPrinceofJohor
tmj2
Sumber: Instagram HRHCrownPrinceofJohor
tmj3
Sumber: Instagram HRHCrownPrinceofJohor

Untuk pengetahuan, konsol ini masih belum mulai ditawarkan secara rasmi di pasaran Malaysia mahupun luar negara. Sebelum ini, dapat dilihat beberapa selebriti serta tech reviewer negara luar yang mencubanya namun siapa sangka, TMJ berjaya memilikinya hampir tiga minggu lebih awal daripada pelancaran rasmi di Malaysia.

Tular pada minggu lalu apabila Sony PS5 yang baru sahaja dibuka tempahan telah dijual semula oleh reseller dengan harga sehingga RM150,489.

Baru Sahaja Dibuka Tempahan, ‘Reseller’ Sudah Mula Jual PS5 Dengan Harga Sehingga RM150,489

Baru Seminit Dibuka Pra-Tempahan, PlayStation 5 ‘Sold Out’ Di Laman Sony Malaysia