Sebut sahaja KFC, mesti anda sudah terbayang ayam gorengnya yang enak dan pasti membangkitkan selera anda. Makan ayam goreng KFC bersama nasi pastinya akan membuatkan anda lebih berselera.

Terbaharu, sebuah video dikongsi oleh @tengkuhahaha di TikTok tular di media sosial. Menerusi video tersebut, dapat dilihat sekumpulan pemuda yang menikmati hidangan mereka di KFC dan cukup menghiburkan apabila salah seorang daripada mereka mengeluarkan periuk nasi yang disorok dalam begnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@tengkuhahaha

HAHAHAHA meriahnya

♬ Yamet Kudasi – Family Yakudasi

Malah, dapat dilihat wajah mereka gembira kerana dapat makan ayam goreng KFC bersama nasi yang dibawa dari rumah. Video terbabit telah menjadi bualan netizen dan rata-rata netizen berasa terhibur dengan gelagat mereka.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mengatakan pernah membawa ‘seludup’ nasi ke KFC agar lebih puas makan dan kenyang. Malah, para netizen turut memuji sikap ‘tebal muka’ bawa periuk nasi sedemikian rupa.

Malah, ada juga yang mengatakan pandai mereka berjimat dan idea baik yang boleh diikuti. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 3.3 juta tontonan di TikTok.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Ditolak Stesen TV Berbayar, Filem Frontliner Bakal Ditayangkan Di Netflix 30 September Ini

Kecewa Terima Ayam KFC Bersaiz Paket Sos Cili, Luahan Lelaki Ini Curi Tumpuan Netizen

Bekas Pekerja KFC Dedah Tindakan Sekiranya Menerima Ayam Bersaiz Kecil