Tatkala ramai yang berada di rumah mematuhi PKP dan beristirehat bersama keluarga tersayang, lain pula kisahnya buat seorang wanita dari Kelantan ini yang berceritakan kisah beliau dan ahli keluarganya dijangkiti virus berbahaya itu.

Dalam perkongsian panjang beliau di Facebook itu, Qalbie Ghani bercerita dengan teliti bermula daripada bagaimana mereka sekeluarga dijangkiti sehinggalah berkongsikan catatan perjalanan mereka sekeluarga di hospital.

Namun, apa yang paling menarik perhatian daripada kisah ‘15 hari di dalam wad sebagai pesakit COVID-19‘ tulisannya itu bukanlah bagaimana mereka dijangkiti, namun pandangan sinis oleh masyarakat sekeliling yang diterima mereka ketika menghadapi saat getir ini.

Menurutnya, berita bapanya disahkan positif wabak itu tular sepantas kilat dalam kalangan penduduk kampung dan perkara itu secara tidak langsung memberi kesan buat mereka.

“Orang kampung seolah-olah memandang sinis, takut kepada kami sekeluarga. Sedangkan apa yang terjadi bukannya kami yang cari.

“Pada masa inilah baru lah dapat tahu hati masing-masing, yang mana ikhlas dan yang mana hanya pura-pura,” kongsinya di Facebook.

Berpunca daripada jemaah tabligh

Bercerita lanjut tentang bagaimana mereka sekeluarga dijangkiti virus itu, beliau memberitahu ia bermula daripada bapanya yang pernah mempunyai kontak rapat dengan salah seorang jemaah tabligh di perhimpunan besar-besaran di Sri Petaling sebelum ini.

Jelasnya, pada awal bulan lalu terdapat beberapa orang jemaah tabligh yang berkunjung ke surau berhampiran rumah mereka dan bapanya pula adalah salah seorang ahli jemaah surau tersebut.

Disebabkan itu juga bapanya pernah berhubung dengan jemaah tersebut dan beberapa kali membantu mereka sewaktu berada di kawasan tersebut.

“Hari terakhir jemaah di surau sini, abah telah menumpangkan mereka dan menghantar mereka ke surau berikutnya iaitu di Wakaf Che Yeh.

“Dua hari selepas itu abah sakit tekak. Keesokan harinya abah demam dan mula hilang selera makan,” katanya.

Tambahnya lagi, bapanya juga pernah mengakui salah seorang daripada jemaah yang hadir ke surau kawasan mereka sebelum ini kurang sihat dan mempunyai sejarah menyertai perhimpunan di Sri Petaling itu

“Dan abah akui ada salah seorang dari jemaah Thailand yg datang hari itu kurang sihat.

“Dan sememangnya mereka baru pulang dari Sri Petaling,” kongsinya.

Beberapa hari selepas membuat ujian pengesanan, bapa beliau kemudiannya disahkan positif COVID-19 dan mereka sekeluarga perlu menjalani saringan memandangkan mereka adalah kontak rapat kepada bapa mereka.

Berikut adalah antara catatan yang dikongsikan beliau ketika mengetahui mereka sekeluarga mendapat tahu bahawa mereka juga positif COVID-19

Petang – Ujian saringan sekeluarga di Klinik Kesihatan Perol.

Rabu 18.03.20 (Day 1)
5.00 ptg – Aku, Umi, Yus dan Kimi disahkan positif  COVID-19
Jam 8.00 malam warded di Hospital Tumpat.
Malam – ambik darah.

Bagi anda yang ingin membaca perkongsian penuh Qalbie Ghani dalam mengharungi perjalanan mereka sebagai pesakit dijangkiti COVID-19, anda boleh mengikuti kiriman asal yang dibuat di Facebook miliknya sebelum ini di bawah.

Baca perkongsian lain kami mengenai pengalaman pesakit COVID-19 sebelum ini. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Pekerja ‘Offshore’ Ini Kongsi Pengalaman Disahkan Positif COVID-19 Selepas Dua Kali Ujian

Berbekalkan Semangat Yang Tinggi, Wanita Hamil 3 Bulan Ini Kongsi Pengalaman Bebas COVID-19

Berbekalkan Semangat Yang Tinggi, Wanita Hamil 3 Bulan Ini Kongsi Pengalaman Bebas COVID-19

Sumber