Sejak beberapa hari lalu, tular perkongsian video seorang lelaki yang dirakam terkantoi di atas bumbung rumah dengan polis dan penduduk setempat sedang menunggu beliau di bawah.

Dalam rakaman video amatur berdurasi hampir seminit itu, lelaki berkenaan dilihat sedang berjalan di atas bumbung sambil disuluh lampu oleh anggota polis yang memakai ves PDRM.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/anthraxxxx/status/1325650783170260992?s=20

Video berkenaan mula mencuri perhatian netizen di media sosial dengan ramai yang menyatakan beliau kurang bernasib baik dan ada yang membuat jenaka penyamun juga terkesan dengan situasi pandemik ketika ini.

Bagaimanapun tiada sebarang maklumat yang dikongsikan mengenai kejadian berkenaan sehinggalah terdapat laporan daripada Sinar Harian yang mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku dalam video berkenaan.

Berlaku di Johor Bahru

Menurut mereka, kejadian itu dilaporkan berlaku di Taman Daya, Johor Bahru sekitar jam 2 pagi pada 10 November lalu.

Lelaki berkenaan difahamkan merupakan suspek kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan dan kehadirannya disedari penduduk yang kemudiannya bertindak melaporkan kepada polis.

Susulan daripada laporan berkenaan, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain menjelaskan pihak mereka kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.

Seperti yang dipertontonkan dalam video tular berkenaan, pihak polis kemudiannya berjaya menangkap suspek selepas dia terjatuh di kawasan parkir rumah berkenaan.

Susulan daripada insiden terjatuh sebelum ditangkap itu, dia difahamkan mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Bagaimanapun, suspek menurut laporan berkenaan masih akan disiasat mengikut Seksyen 547 Kanun Keseksaaan dan dia juga turut didapati mempunyai rekod jenayah lampau.

Baca juga perkongsian kami mengenai taktik terbaru Along dalam menawarkan pinjaman kepada mangsa melalui pautan di bawah. 

Pinjam RM150 Bayar RM750, Teknik ‘Along’ Digital Ini Buat Ramai Mangsa Terjerat

Bukan Menyundal Tetapi Menemani, Wanita Ini Raih Ribuan Ringgit Jadi ‘Sugar Baby’ Di Singapura

‘Mujur Ada Dashcam, Kalau Tidak Penunggang Motosikal Yang Akan Dipersalahkan’- Netizen

Sumber