Ketika ini, kejohanan sukan berprestij Olimpik Tokyo 2020 sedang berlangsung dan kesemua atlet dari pelbagai negara berusaha sehabis baik untuk memenangi pingat bagi negara mereka.

Terbaharu, video yang memaparkan acara larian 1500 meter wanita di sukan Olimpik Tokyo 2020 menjadi perhatian ramai. Menerusi video itu, Sifan Hassan dilihat terjatuh pada pusingan akhir disebabkan terlanggar pelari dari Kenya yang terjatuh di hadapannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lantaran itu, beliau yang ketinggalan terus bangkit dan mengejar untuk merapatkan jurang lalu melakukan pecutan pada 100 meter terakhir. Lantas, beliau berjaya memenangi acara saringan tersebut dengan catatan masa 4 minit 5.17 saat.

Detik-detik menakjubkan itu telah mendapat perhatian ramai peminat sukan di seluruh dunia. Menerusi tinjauan kami, rata-rata peminat sukan berasa kagum dengan semangat yang ditonjolkan Sifan Hassan dalam kejohanan tersebut.

https://twitter.com/Hacaaluu7/status/1422016173164699652

Bukan itu sahaja, para peminat juga mengatakan semangat juang Sifan Hassan patut dicontohi dan detik tersebut memberikan inspirasi kepada mereka. Malah, para peminat turut mengucapkan tahniah kepada beliau.

Difahamkan, Sifan Hassan mempunyai misi tersendiri pada temasya kali ini iaitu mahu menjadi atlet wanita pertama memenangi ketiga-tiga acara larian 1500 meter, 5000 meter dan 10,000 meter.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan temasya sukan Olimpik Tokyo 2020 pada pautan di bawah ini.

Gayakan Seragam ‘Sopan’ Di Sukan Olimpik, Gimnas Wanita Jerman Ini Curi Tumpuan Netizen

Gambar Lama Dhabitah ‘Dipijak’ Ketika Latihan Kembali Tular, Netizen Luah Rasa Kagum

Dari Pelarian Ke Olimpian, Ini Kisah Getir Yusra Mardini Berenang 3 Jam Di Lautan Demi Selamatkan Diri