Sudah menjadi impian buat setiap pasangan untuk memiliki rumah atau kediaman sendiri. Hal ini turut membuat orang ramai khususnya pasangan muda berusaha untuk mendapatkannya dalam apa cara sekalipun.

Selain itu, kehadiran media sosial yang melambangkan memiliki rumah sendiri pada usia yang muda dilabel sebagai berjaya sekaligus membuatkan orang ramai terburu-buru untuk mendapatkannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila pasangan muda ini dikatakan ‘terjerat’ dengan skim pembelian rumah tanpa modal seperti yang dipromosikan oleh ejen hartanah.

Menerusi perkongsian wanita pada Facebook Muflis Bankrupt Malaysia, beliau tampil mendedahkan situasi kewangan yang dialami keluarga beliau di mana beliau kini terbeban bayaran ansuran rumah yang tinggi.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Pexels

Semuanya bermula apabila beliau bersama suami yang masih berumur awal 20-an memilih untuk membeli rumah tanpa modal gara-gara mahu elak tinggal bersama ibu mertua serta tidak mampu membayar deposit rumah sewa yang tinggi.

Pada ketika itu, wanita bergaji RM3,000 sebulan manakala suami bergaji RM1,300 sebulan dengan tanggungan 4 anak ini memaklumkan pilihan tersebut dikatakan terbaik sebelum akui terpengaruh dengan tawaran ejen hartanah.

Difahamkan rumah yang dibeli pada harga RM243,000 ini perlu dibayar ansuran bulan sebanyak RM1,200 manakala insurans rumah pula adalah sebanyak RM250. Maintenance rumah pula adalah sebanyak RM200.

Wanita ini juga turut mengakui kesilapan beliau apabila memilih untuk membeli kereta idaman beliau dengan bayaran ansuran RM678 bagi tempoh 9 tahun.

Dikatakan beliau pada awalnya memilih untuk membeli kereta idaman gara-gara berpendapat suaminya mampu untuk tanggung isu rumah atau tempat tinggal.

Pasangan ini turut mempunyai beberapa hutang dan komitmen lain melibatkan bayaran bulanan braces, unifi, PTPTN, bil telefon dan juga hutang rakan.

Sebagai langkah untuk mengurangkan beban bayaran bulanan, wanita ini bercadang untuk downgrade kereta idaman beliau kepada Perodua Bezza atau Proton Saga sahaja. Seterusnya, beliau mungkin melangsaikan hutang PTPTN bagi mengurangkan komitmen bulanan.

Perkongsian wanita ini telah mendapat perhatian para netizen yang turut tampil dengan pelbagai respon serta bantuan untuk pasangan ini dapat meneruskan kehidupan. Berikut antara respon para netizen melibatkan pasangan muda dengan empat orang anak ini.

Sumber: Facebook Muflis bankrupt di Malaysia
Sumber: Facebook Muflis bankrupt di Malaysia

Diharapkan pasangan ini dipermudah segala urusan sekaligus dalam hidup dengan lebih selesa pada masa akan datang dengan komitmen hutang yang semakin berkurang.

Isu yang berlaku pada pasangan ini turut boleh dijadikan pengajaran buat pasangan muda atau individu di luar sana agar lebih berhati-hati dengan tawaran ejen hartanah serta memastikan kewangan semasa stabil dahulu sebelum memilih untuk mengikat kontrak perjanjian rumah sehingga 35 tahun.