Adakah rambut anda pernah digunting oleh guru disebabkan panjang ketika zaman sekolah dahulu? Jika dahulu, guru sempoi potong rambut anak murid dengan menggunakan gunting.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @idijohan_angklung_ memuat naik video yang memaparkan ‘unboxing’ parcel di hadapan para pelajar ketika sesi perhimpunan pagi. Dapat didengar suara pelajar yang teruja mahu tahu barangan yang dibeli gurunya itu kerana dikatakan ia ‘hadiah’ untuk pelajarnya.

@idijohan_angklung_

Beli barang online.. unboxing di rumah ❌.. unboxing di sekolah ✅

♬ original sound – Idi Johan – Idi Johan

Rupa-rupanya, guru itu membeli mesin pemotong rambut untuk pelajarnya terutama yang didapati langgar peraturan sekolah dengan memiliki rambut panjang bagi pelajar lelaki.

Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memuji inisiatif yang dilakukan guru itu. Malah, para netizen juga mengatakan nanti adalah pelajar yang rasmikan mesin gunting rambut itu kerana rambut panjang dan tidak sempat potong.

Tidak hanya itu, rata-rata netizen juga mengatakan mungkin ketika ini para pelajar akan rasa marah rambut dipotong sebab langgar peraturan sekolah tetapi apabila meningkat dewasa ia akan jadi kenangan manis yang tidak akan dilupakan.

Malah, netizen turut mengatakan bahawa nasib baik guru itu bawa parcel yang betul, kalau tidak mesti akan jadi bahan jenaka. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih sejuta tontonan dan lebih 100 ribu tanda suka.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Bangga Tayang Video ‘Menyelit’ Elak Bayar Tol, Tindakan Lelaki Ini Undang Kecaman Netizen

Hebat Dan Berani, Naib Canselor Sempoi Layan Graduan Bersilat Ketika Terima Skrol

‘Claim’ Tempat Duduk Dalam MRT Miliknya, Tindakan Warga Emas Maki Wanita Ini Bikin Netizen Bengang