Dikejar anjing sahaja anda sudah lari pecut, bayangkan pula jika anda dikejar seekor babi. Apakah yang anda akan lakukan?

Terbaharu, video perkongsian pengguna TikTok @wancharlie yang memaparkan rakaman CCTV di depan rumahnya mendapat perhatian ramai. Video tersebut menunjukkan detik cemas apabila seekor babi berwarna putih lari mahu merempuh seorang lelaki yang sedang berborak di hadapan rumah.

HYPE
Lenovo Janjikan Pengalaman ‘Gaming’ Dan Kerja Lebih Lancar Dengan Legion 5 Dan G27q-20 Monitor
Baca lagi →
@wancharlie

Babi Putih🤣 #fypシ

♬ original sound – @Charlie – @Charlie

Lelaki tersebut terkejut dan sempat mengelak lalu meminta keluarganya untuk menutup pagar rumah agar babi itu tidak masuk ke dalam rumah. Situasi cemas itu bertukar lega apabila babi itu lari meninggalkan tempat tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat kelincahan babi putih itu berlari. Malah, aksi menyelamatkan diri yang pantas lelaki itu juga dipuji netizen.

photo_2021-08-26_13-03-20

photo_2021-08-26_13-03-26

photo_2021-08-26_13-03-30

photo_2021-08-26_13-03-34

Bukan itu sahaja, pagar yang lambat ditutup membuatkan netizen berasa berdebar melihat situasi tersebut. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 100 ribu tontonan.

Tahukah anda bahawa gara-gara anjing, ‘rider’ FoodPanda rempuh pagar rumah orang? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Panik Dikejar Anjing, ‘Rider’ Ini Cuba Selamatkan Diri Sehingga Rempuh Pagar Rumah Orang

Dikejar Anjing Sehingga Ke Atas Pagar, Gelagat ‘Abang Posmen’ Ini Buat Netizen Ketawa

Anda Mungkin Suka